Berita

GOT7 Tinggalkan JYP Entertainment, Mark Beri Janji Kepada Peminat

gempak
Maliah Surip
10/01/2021
09:50 MYT
Sponsor Banner
GOT7 Tinggalkan JYP Entertainment, Mark Beri Janji Kepada Peminat
Berita grup GOT7 tidak akan menyambung kontrak bersama syarikat rakaman JYP Entertainment bukan hanya sebuah gosip.
Laporan yang dikeluarkan Dispatch hari ini mengenai tujuh anggota GOT7 akan mengucapkan selamat tinggal kerana tidak lagi menyambung kontrak dengan JYP Entertainment yang telah menjadi 'rumah' mereka sejak 2014 adalah benar.
"Sebenarnya semua anggota GOT7 sangat rapat. Mereka mahu terus kekal bersama, hanya memilih jalan masing masing dalam pemilihan syarikat rakaman," kata satu sumber seperti dipetik dari Soompi.
Sementara itu, melalui ciapan di Twitternya, salah seorang anggota GOT7, Mark Tuan menjelaskan mereka akan tetap bersama walaupun sudah berlainan syarikat rakaman.
Jawapan itu diberikan selepas banyak peminat yang bimbang jika mereka berpecah.
"Kami bertujuh akan kekal bersama untuk memberi versi terbaharu kami," cuit Mark dengan tagar #GOT7FOREVER.
Mark juga mengatakan keputusan untuk tidak menyambung kontrak dengan JYP tidak bermakna karier mereka berakhir.
"Tempoh 7 tahun ini adalah tahun terbaik dalam hidup saya. Tidak ada yang akan berakhir, ini akan menjadi permulaan," tambahnya lagi.
Terdahulu, Dispatch melaporkan acara 35th Golden Disc Awards menjadi kemunculan terakhir GOT7 sebagai sebuah kumpulan.
Jinyoung dilaporkan akan menyambung kontrak baharu bersama BH Entertainment, Yugyeom pula dalam proses berbincang dengan syarikat AOMG.
Youngjae diintai oleh syarikat rakaman yang sama dengan Rain dan Song Kang Ko, Sublime Artist Agency, sementara JB has dikatakan menerima tawaran daripada syarikat rakaman hip hop yang terkenal yang akan menonjolkan bakat solonya.
Jackson pula dilaporkan akan meneruskan aktiviti global melalui labelnya sendiri, Team Wang dan kekal aktif di Korea melalui syarikat rakaman berasingan.
Hal yang sama akan dilakukan oleh BamBam dengan meneruskan karier di Thailand dan Korea.
Mark pula menurut Despatch akan kembali ke Los Angeles untuk menghabiskan masa bersama keluarga dan membuka saluran YouTubenya sendiri selain sedang memikirkan untuk berkarier solo di sana.
Sementara itu sehingga artikel ini ditulis pihak JYP belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu yang dibangkitkan.
Kredit Foto: AllKpop
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024