GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2024
#GMWA24: Tidak Mahu Terlalu Yakin, Leona Berserah Kepada Rezeki - “Saya Balik Dari UK Hanya Untuk…”
Pempengaruh, Leona enggan meletakkan harapan terlalu tinggi untuk memenangi kategori Digital Content Creator Tergempak (Entertainment) di Gempak Most Wanted Awards 2024.
Menurut Leona, kemenangan atau kekalahan semuanya bergantung kepada rezeki.
“Saya tak nak terlalu yakin untuk katakan yang saya boleh kalahkan mereka, tapi sudah tertulis rezeki saya Alhamdulillah.
“Jadi saya memang tak sabar untuk nantikan mereka beri keputusan nanti, sebab saya sangat nervous sepanjang masa dan saya balik dari UK hanya untuk acara ini. Kalau saya tak menang saya reda tapi adalah rasa sedih sikit,” katanya.
Dalam masa yang sama, Leona berjanji untuk menghadiahkan 50 helai kaftan secara percuma kepada pengikutnya jika berjaya meraih kemenangan.
“Saya banyak buat TikTok Video sepanjang bulan ini untuk engage dengan pengikut saya, tapi semasa saya datang ERA mereka ada tanya apa manifesto saya.
“Jadi saya kata mereka kalau saya menang saya akan berikan pengikut saya kaftan sebanyak 50 helai secara percuma tapi kalau saya kalah mungkin saya akan belanja Ryan Bakery Wagyu A5,” katanya berseloroh.
Untuk kategori Digital Content Creator Tergempak (Entertainment), Leona bakal bersaing dengan Ryan Bakery, Acap S, Shah Zakaria, dan Steph Beauty.
Selain itu, Leona juga akan membuat kemunculan khas di Showcase Gempak Most Wanted Awards 2024 bersama Shasha dan Isha Norsham.
Acara ini mengekalkan hos tetap program, Amelia Henderson dan Sean Lee, di samping Sherry Alhadad sebagai pengacara.
Malam anugerah berprestij ini akan dimeriahkan dengan persembahan daripada artis-artis terkenal seperti Zizan Razak, Ernie Zakri, Hael Husaini, Amir Masdi, Ara Johari, Nadeera Zaini, Mimi Fly, Insomniacks, serta wajah-wajah baharu seperti 53 Universe, Naki dan Najmi Niery.
Pentas GMWA 2024 juga akan diwarnai dengan persembahan hebat daripada Hujan, Diskoria dan Datuk Shiela Majid.
Undian fasa kedua, atau pemenang utama bagi setiap kategori boleh dilakukan di laman rasmi www.gempakmostwantedawards.com bermula 15 Januari 2025, jam 6 petang sehingga 23 Februari 2025, jam 12 tengah hari. Mengekalkan format yang sama, pemenang setiap kategori akan diumumkan pada malam anugerah GMWA 2024 kelak.
GMWA 2024 bakal berlangsung secara LIVE pada 23 Februari 2025 dari Auditorium MBSA Shah Alam, eksklusif di saluran Astro Ria (104), On Demand, Astro GO dan sooka.
Pakej Astro One kini tersedia dari RM49.99. Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menambah Astro Fibre 500Mbps bersama Pakej Entertainment hanya dengan RM139.99/bulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.
Must-Watch Video