gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Wanita Didakwa Simpan, Sebar Gambar Lucah Cikgu
BERITA
Pelancong AS Puji Makanan Malaysia Lebih Sedap, Murah
VIRAL
Abang Meninggal Dunia Dalam Perjalanan Urusan Ziarah Arwah Nurly Sahirah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

#GMWA24: Azfar Heri Bangga Dengan Khairul Aming - “Tak Ada Rasa Dengki Mahupun Perasaan Negatif…”

Mya Amri
Mya Amri
24/02/2025
12:00 MYT
Sponsor Banner
#GMWA24: Azfar Heri Bangga Dengan Khairul Aming - “Tak Ada Rasa Dengki Mahupun Perasaan Negatif…”
Personaliti media sosial, Azfar Heri berasa bangga dengan sahabatnya Khairul Aming yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Digital Creator (Foodie) Tergempak di Gempak Most Wanted Awards 2024 yang berlangsung pada Ahad.

Tak dengki dengan Khairul Aming

Menurut Azfar, tidak timbul sebarang perasaan negatif dengan kejayaan demi kejayaan yang dicipta oleh Khairul Aming sebaliknya dia sentiasa memberikan sokongan kepada sahabatnya itu.
“Sudah tentu saya berasa sangat gembira dan bangga, walaupun kawan-kawan sendiri, kami sama-sama memberikan sokongan antara satu sama lain.

“Tak ada timbul rasa dengki atau perasaan negatif, memang tak ada sebab perasaan itu lebih daripada gembira apabila kita tengok sahabat kita itu berjaya dari satu tahap hingga ke satu tahap yang lain,” ujarnya.

Azfar berkata demikian ketika ditemui Gempak selepas acara Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA24) yang berlangsung di Auditorium MBSA Shah Alam pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Tanya Penat Tak Jadi Seorang Khairul Aming, Ini Respons Tuan Badan - “Sedih Bila Orang Cakap…”

ARTIKEL BERKAITAN:Khairul Aming Risau Kecanggihan Teknologi Buat Pelajar Generasi Kini Hilang Fokus - “Tengok Buku, Otak Tak Berfungsi”

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tak Ajar Mereka Jadi Toksik…” - Khairul Aming Kongsi Rahsia Team Cemerlang, Syukur Tiada Yang Mahu Berhenti

ARTIKEL BERKAITAN:“Cuba Tanya Mana Tahu Saudara Jauh” - Netizen Terhibur Tengok Rupa Paras Azfar Heri Seiras Aaron Chia

ARTIKEL BERKAITAN:Hadiahkan Ibu ‘Make-Over’ Halaman Rumah, Azfar Heri Buat Netizen Tersentuh - “Cantiknya Rumah!”

Ada sebab Khairul Aming tak dapat hadir

Mengulas mengenai kehadirannya di GMWA24, Azfar berkata dia hadir bagi mewakili sahabat baiknya, Khairul Aming.

“Sudah tentulah saya gembira untuk Khairul Aming dengan kemenangan itu, dia minta saya hadir sebagai wakil dirinya.

“Dia tidak dapat hadir kerana jadualnya yang sangat padat sebab tidak lama lagi kita bakal menyambut puasa.

“Jadi saya okay sahaja, saya akan lakukan apa sahaja untuk sahabat saya sebab bagi saya sokongan daripada kawan-kawan itu adalah penting.
“Saya sentiasa berada di samping sahabat saya sekiranya mereka memerlukan,” jelasnya.
Untuk info, Khairul Aming dinobatkan sebagai penerima Anugerah Digital Creator (Foodie) Tergempak di Gempak Most Wanted Awards 2024 dengan 65.09 peratus undian.
Khairul Aming yang juga seorang usahawan terkemuka itu berjaya menambat hati peminat dengan video-video masakan yang berkualiti tinggi.
Khairul Aming menewaskan empat pencabar lain iaitu Capikkkkkk, Che Sayang Kitchen, Hazwan Ramli, dan Syiqin Azrin.
Topic Berkaitan
#Khairul Aming
#Azfar Heri
#GMWA24
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement