gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ini Adalah Drama Perjuangan Wanita Paling Ikonik! Yang Terakhir Itu Paling Epik
BERITA
Sooka Rai Ulang Tahun Ke Empat Dengan Pelbagai Tawaran Eksklusif & Fungsi Baharu Untuk Pelanggan
VIRAL
Bintang YouTube Popular Palsukan Kematian Hanya Untuk…
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

#GMWA23: Rahman Chea Akui Kehidupan Berubah Selepas Dikenali, Peminat Jadi ‘Ubat’ Tatkala Sedang Gaduh Manja Dengan Isteri

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
26/02/2024
02:55 MYT
Sponsor Banner
#GMWA23: Rahman Chea Akui Kehidupan Berubah Selepas Dikenali, Peminat Jadi ‘Ubat’ Tatkala Sedang Gaduh Manja Dengan Isteri
Pencipta kandungan Rahman Chea mengakui kehidupannya banyak berubah selepas mula dikenali menerusi laman sosial malah berasa seronok apabila berjumpa peminat.
BERITA TRENDING: #GMWA23: Rahman Chea Pikat Hati Peminat, Bawa Pulang Trofi Content Creator Hiburan Tergempak
Rahman turut berkongsi insiden di mana peminat mahu bergambar dengannya ketika dia sedang bergaduh isterinya.
“Memang ada perubahan, seronok jumpa peminat dekat luar. Sekarang pergi mana-mana, orang tegur. Tapi ada ketika, saya tengah bergaduh dengan isteri, tiba-tiba ada peminat tegur.
“Bila saya senyum, isteri terus tegur ‘amboi tadi diam dua jam”. Siap minta tolong isteri tangkap gambar,” katanya kepada Gempak.
Rahman Chea berkongsi perkara itu ketika di sidang media di malam kemuncak Gempak Most Wanted Awards 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya pada Ahad.
Dalam pada itu, Rahman Chea dan rakan baiknya iaitu Kana Fly tidak menyangka memenangi kategori Digital Content Creator (Hiburan) Tergempak 2023 memandangkan mereka sudah bersiap sedia sekiranya kalah.
“Tak sangka boleh menang, sebab dah standby kalah. Nama-nama calon lain boleh tahan, sebab mereka dah lama. Kami pula masih baru, jadi memang tak pernah terfikir sampai ke sini,” ujarnya.
Rahman yang meraih undian 31.39 peratus juga mengalahkan konten pempengaruh Faisal Suhaimi, Farihi Arni, Foreppppp, dan Linda Said.
Topic Berkaitan
#Gempak Most Wanted Awards 2023
#Rahman Chea
#GMWA2023
#Isteri Rahman Chea
#Kana Fly
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement