,
Viral

#GMWA23: Amin & Abid Tewaskan Che Nom, Rangkul Trofi Content Creator (Lifestyle) Tergempak!

Firdaus
25/02/2024
13:45 MYT
Menyajikan konten kreatif dari segi reka cipta, pasangan kembar Amin dan Abid memperolehi kutipan undian 51.36 peratus sekali gus memenangi kategori Content Creator (Lifestyle) Tergempak di Anugerah Gempak Most Wanted Awards 2023.
Pasangan kembar yang menyertai program INNOVATHON itu menewaskan finalis Top 5 terkenal lain seperti Auntie Purple, Che Nom, Nelysa Norazlan dan Ow To The Zie.
Nama Amin dan Abid mula melonjak naik di media sosial TikTok selepas memaparkan diri mereka mencipta pelbagai rekaan kreatif sehingga diberi julukan ‘Phineas & Ferb’ oleh warganet.
Beberapa video kreatif mereka turut meraih hampir 9 juta tontonan oleh pelayar TikTok selain turut dikongsikan di platform media sosial lain.
Terdahulu, Amin dan Abid pernah berkongsi bahawa bakat yang dimiliki diwarisi oleh ayah mereka. Pernah menerima Anugerah Naib Canselor (ANC) Diploma Rekaan Industri (Major Pengangkutan) daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), anak jati Seri Manjung itu pernah menghantar 40 rekaan model kepada salah sebuah jenama kenderaan terkemuka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gaji Content Creator Cecah Puluhan Ribu Ringgit, Dr Say Dedah Pernah Terima ...

gempak
23/08/2024
09:55 MYT
Selebriti media sosial Dr Say mendedahkan dia ada menerima bayaran sebagai pembuat kandungan atau 'content creator' yang mencecah puluhan ribu ringgit.
Viral

Mr Ali Terkilan Dengan Komen Biadab Netizen Fasal Ibu - “Mak Baca Apa Yang Budak Tadi Tulis…”

gempak
15/08/2024
08:55 MYT
Pencipta kandungan kulinari yang dikenali Mr Ali meluahkan rasa kesal terhadap netizen yang meninggalkan komen mengatakan ibunya seorang pemalas.
Viral

Bayaran ‘Content Creator’ Cecah RM80,000, Liana Beep Beep Ada Nasihat Untuk Generasi Muda - “Kalau Anda Tak Ada Semua Kemahiran Itu…”

gempak
15/08/2024
07:55 MYT
Baru-baru ini, viral sebuah video berhubung gaji penghasil kandungan atau ‘content creator’ di media sosial boleh mencecah RM80,000 untuk tiga konten sahaja.
Viral

Dr Say Shazril ‘Terduduk’ Bila Tahu Gaji ‘Content Creator’ Cecah RM80,000 Untuk 3 Konten - “Tiada Lagi Badan Yang Menyelia & Mengawal Harga…”

gempak
03/08/2024
02:55 MYT
Doktor selebriti, Dr Say Shazril mengakui dia berasa terkejut apabila mengetahui gaji pencipta kandungan atau ‘content creator’ di media sosial boleh mencecah RM80,000 untuk tiga konten sahaja.
Viral

#GMWA23: Daniel Ajar Ayat ‘Agittew’, Netizen Terhibur Tengok Gelagat Calum Scott Nak Sebut - “Selamba Dia Gula-Gulakan Macam Tu”

gempak
29/02/2024
12:55 MYT
Selamba je Daniel kacau Calum Scott.