GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2024
#GMWA2024: Level Up! Anna Jobling Raih 4.9 Juta Undian, 2 Tahun Berturut Dinobat Gempak Most Wanted 2024
Mengulangi sejarah tahun lalu, pelakon Anna Jobling sekali lagi dinobatkan sebagai penerima anugerah Gempak Most Wanted 2024 di Gempak Most Wanted Awards 2024 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Menerima undian sebanyak 4.9 juta sejak undian Top 5 Gempak Most Wanted Awards dibuka pada 15 Januari lalu, Anna turut menggondol anugerah Selebriti Tergempak 2024 pada majlis sama.
Selain dua anugerah individu, drama lakonannya iaitu Syurga Itu Bukan Mudah dipilih sebagai Drama Tergempak.
Pemilik nama lengkap Anna Ellisa Gustin Jobling itu mula dikenali selepas muncul sebagai peserta Dewi Remaja 2018/2019.
Nama mula disebut-sebut dalam kalangan peminat selepas drama lakonannya menuai perhatian peminat dan penonton naskhah bersiri tempatan.
Gara-gara drama tersebut, karier Anna meroket sehingga ke Indonesia, menyebabkan cabang lakonannya mula mengembang di sana.
Must-Watch Video