,
Laman Utama

#GMWA2022: Vida Datang Bertelekung? Amir Ahnaf Jadi Rider McD, Ini Corat Coret Malam Paling Trending!

Syafiqah Jalal
27/02/2023
03:10 MYT
Anugerah berprestij yang pertama kali dianjurkan, Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA2022) berlangsung dengan meriah dan trending di Dewan MBSA Shah Alam malam tadi.
GMWA2022 telah mengangkat usahawan dan pempengaruh, Hafiz Mahamad sebagai pemenang utama Gempak Most Wanted tahun ini.
Paling havoc anugerah itu menampilkan empat hos iaitu Elly Mazlien, Raden, Amelia Henderson dan Shawn yang mengemudi serentak dan bersilih ganti sehingga akhir acara.
GMWA2022 memberi penghargaan kepada kehebatan pengguna-pengguna jaringan media sosial dalam menghasilkan kandungan yang diminati netizen.
Berikut corat coret yang menarik berlaku di GMWA2022:
#1 Kumpulan Dolla dan penyanyi Aisha Retno antara yang memberi persembahan bertenaga ketika pentas dibuka. Penonton bersorak dan dilihat enjoy apabila Dolla tampil dengan tarian yang rancak. Malah memberi jeritan yang kuat apabila melihat persembahan liuk lentok Aisha.
#2 Peminat dan penyokong pelakon Merqeen antara yang paling kuat bersorak apabila aktor kesayangan mereka naik ke pentas untuk menerima dua anugerah berbeza iaitu Video Trending Tergempak dan Drama Trending Tergempak. Malah dilihat 'sporting' menyanyi bersama-sama ketika video Swipe Challenge oleh Merqeen ditayangkan.
#3 Usahawan terkenal dan berkontroversi Datuk Seri Vida mencuri perhatian apabila tampil dengan busana ala bertelekung. Baju rekaan Behati itu menarik perhatian dengan keunikan yang ditampilkan. Malah dia dilihat berdiri sambil miming lagu Swipe ketika persembahan Alyph di atas pentas. Vida menyanyikan bahagiannya dalam lagu berkenaan.
#4 Hafiz Mahamad antara pemenang yang mencuri perhatian kerana naik ke atas pentas sambil memimpin tangan isterinya dengan penuh lembut dan sopan selepas namanya naik ketika dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Digital Influencer Tergempak.
#5 Satu dewan tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran sebuah motor dari seorang rider McD ketika acara berlangsung. Keempat-empat hos terkejut dan Amelia turun ke bawah menyapa rider berkenaan dengan topi kaledar tutup penuh. Amelia terkejut apabila trofi Gempak Hall Of Fame berada di dalam kotak makanannya.
#6 Penonton tiba-tiba menjerit bila rider itu membuka helmet dan lelaki itu adalah Amir Ahnaf atau Kahar pelakon siri Project High Council yang popular dan sedang meningkat naik. Amir dilihat tersenyum dan memberitahu dia hanya mahu menyampaikan anugerah tersebut kemudian sempat berbalas pick up line dengan Amelia.
#7 Sebaik sahaja nama Sofyank disebut sebagai penerima anugerah khas Gempak Hall Of Fame, semua yang berada di dewan terus berdiri (standing ovation) memberi penghormatan serta bersorak dan bertepuk tangan sehingga Sofyank naik ke pentas. Sofyank sempat memberi ucapan yang cukup bermakna serta menghargai orang- orang yang disayang.
#8 Penonton enjoy dengan persembahan daripada Bunkface dari mula sing along dengan lagi popular mereka seperti Revolusi sehinggalah siap berdiri dan ikut menyanyi bersama dengan lagu Malam Ini Kita Punya. Persembahan bertenaga itu membuatkan penonton rasa seperti berada di dalam konsert!
#9 Peminat yang bersorak di hadapan pentas iaitu 'Fanatik' juga tidak kurang hebatnya apabila memberi sorakan dan 'sing a long' bersama dalam setiap persembahan penyanyi. Malah turut memberi sorakan serta sempat bersalaman dengan pemenang yang naik ke atas pentas menerima anugerah.
#10 Debaran untuk menanti anugerah khas Gempak Most Wanted 2022 berkahir apabila nama Hafiz Mahamad diumumkan sebagai pemenang. Malah satu dewan memberi tepukan gemuruh serta memberi penghormatan berdiri kepada Hafiz yang dirasakan layak menjadi pemenang malam itu. Hafiz yang kelihatan terkejut melangkah tenang bersama isteri menaiki pentas menerima anugerah berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kongsi Video Berhijab, Netizen Doa Cik B Terbuka Hati Tutup Aurat - "Semoga Istiqamah"

gempak
22/08/2024
07:25 MYT
Anak gadis kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B sememangnya popular dengan tingkah lakunya yang seakan-akan lelaki.
Hiburan

Amir Ahnaf Pernah Jadi Mangsa Buli, Syukur Dapat Atasi Trauma - “Kalau Saya Tak Hadapi Dengan Betul…”

gempak
09/08/2024
12:54 MYT
Pelakon, Amir Ahnaf mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa buli ketika belajar di sekolah berasrama penuh dulu.
Hiburan

Mantap! Gambar First Look Kahar: Kapla High Council Ni Pun Dah Buat Ramai Tak Sabar Nak Tengok

gempak
08/08/2024
11:25 MYT
Setelah sekian lama menanti, akhirnya filem prekuel kepada siri fenomena, High Council iaitu Kahar Kapla High Council bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air pada November depan.
Filem

Astro Shaw Umum Watak Ikonik High Council Kembali Dalam Filam Kahar: Kapla High Council, Dedah First Look, Teaser Trailer & Teaser Poster

gempak
08/08/2024
02:14 MYT
Lima nama pelakon utama filem Kahar: Kapla High Council iaitu Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Thompson Goh dan Khenobu telah pun diumumkan pada bulan lalu.
Hiburan

Amir Ahnaf Memang Minat Dolla! Mohon Maaf Pada Angel, Tak Sangka Kehadiran Di Konsert Cetus Spekulasi - “Dah Anggap Macam Adik"

gempak
08/08/2024
01:25 MYT
Pelakon filem Kahar Kapla High Council, Amir Ahnaf menafikan dakwaan bercinta dengan anggota kumpulan Dolla iaitu Angel.