Laman Utama
#GMWA2022: Gempak Most Wanted Milik Hafiz Mahamad
Usahawan dan pempengaruh, Hafiz Mahamad berjaya dinobatkan sebagai pemenang utama Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA2022) yang berlangsung di Dewan MBSA Shah Alam sebentar tadi.
Hafiz yang turut menggondol anugerah Digital Influencer Tergempak GMWA2022 itu menerima sebuah trofi selepas mendapat jumlah undian sebanyak 125,288.
"Isteri saya pernah dilemahkan oleh satu manusia yang punya ilmu, harta dan nama. Jadi hari ini saya berdiri untuk cari nama dan pengaruh serta sedikit ilmu dan harta untuk mengangkat darjat isteri saya.
"Teruskan usaha kita untuk sampaikan kejayaan demi kejayaan. Terima kasih," kata Hafiz
Suami kepada usahawan Syafiqah Aina itu telah mengalahkan dua calon popular lain iaitu drama Melur Untuk Firdaus dan lagu serta video muzik Bad (Dolla).
Hafiz merakamkan rasa syukur atas kemenangan itu dan bakal menghadiahkan 10 buah bas balik kampung secara percuma.
“Alhamdulilah saya amat bersyukur dan gembira dengan kemenangan ini saya umumkan bakal menghadiahkan 10 buah bas balik kampung secara percuma,” katanya.
Hafiz sebelum ini cukup dikenali dalam kalangan netizen sebagai seorang figura yang kerap berkongsi rezeki, memberikan bantuan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Dari orang biasa sehingga pekerjanya, cara Hafiz berkongsi rezeki seringkali menyorot perhatian umum, khususnya netizen.
Hafiz bersama isterinya, Syafiqah Aina juga gemar membantu anak muda mengubah kehidupan mereka.
Berikut merupakan senarai penuh pemenangan untuk GMWA2022:
#1 Video Tergempak– Merqeen
#2 Selebriti Digital Tergempak – Datuk Seri Siti Nurhaliza
#3 Digital Influencer Tergempak – Hafiz Mahamad
#4 Drama Trending Tergempak – Melur Untuk Firdaus
#5 Content Creator Tergempak – Ryan Bakery
#6 Muzik Video Tergempak – BAD (DOLLA)
#7 Lagu Trending Tergempak– BAD (DOLLA)
#8 Gamers Trending Tergempak – Kambing Golek
#9 Motivator Digital Tergempak– Cikgu Fathi
#10 Hall Of Fame Mc Donalds – Sofyank
Must-Watch Video