,
Laman Utama

#GMWA2022: “Ada Yang Terpeleot Kaki,” - The Sara Sisters Teruja Nak Buat Persembahan, Kongsi Kisah Lucu Sesi Latihan

Mya Amri
26/02/2023
02:45 MYT
Kumpulan pop wanita terdiri daripada empat beradik dikenali yang sebagai The Sara Sisters menyatakan rasa tidak sabar untuk membuat persembahan di acara Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA 2022) yang bakal berlangsung malam ini.
Menurut Sara Jasmin, mereka bersyukur kerana diberi peluang untuk membuat persembahan di pentas besar seperti GMWA2022.
“Kami sebenarnya teruja tapi dalam masa yang sama gementar sebab ini kali pertama kami buat persembahan yang sangat besar iaitu di pentas GMWA2022.
“Kami rasa sangat bertuah sebab bukan senang nak dapat peluang untuk membuat persembahan dan dapat satu pentas dengan ramai artis-artis hebat.
“Nama-nama besar dalam industri pula tu, jadi bagi kami ini adalah satu rezeki,” katanya ketika ditemui Gempak.
Mengulas mengenai persembahan, The Sarah Sisters juga turut berkongsi momen lucu yang berlaku sewaktu sesi latihan.
“Alhamdulillah, masa sesi latihan ini semuanya okay tetapi kami rasa ingin berikan lebih bagus lagi pada acara sebenar yang akan berlangsung sekejap lagi.
“Orang kata bila dah ada pakaian lengkap, solekan dan look yang kita nak, kita akan lebih tonjolkan lagi persembahan.
“Lagi kami bermula dengan beat, tapi disebabkan kami tidak tahu bila ingin masuk dan mulakan, masing-masing jadi was-was.
“Dia jadi teragak-agak seperti eh seorang di depan, seorang di belakang, dah jadi seperti badut pula. Malah semasa sesi latihan ada juga kaki yang ‘terpeleot’.
“Disebakan kami membuat persembahan ini berdama dengan live band, jadi ia agak lain sedikit rentaknya dari lagu biasa,” kongsinya.
Dalam masa yang sama, kumpulan yanh semakin meningkat naik ini juga turut mengucapkan terima kasih kepada peminat mereka.
“Kepada peminat Sara Sisters, terima banyak-banyak kerana menyokong kami dari awal pembabitan hingga ke hari ini.
“Jangan lupa saksikan persembahan kami di GMWA2022 hari ini,” ujarnya sambil tersenyum.
The Sara Sisters dianggotai oleh Sara Jasmin, 28, Sara Alia, 23, Sara Aqila, 22, dan Sara Qaleesya, 21.
Terdahulu, The Sara Sisters dikenali dalam kalangan pengguna aplikasi TikTok apabila kebanyakan kandungan dihasilkan mereka sering 'trending' dan menarik perhatian warga maya.
Saksikan Gempak Most Wanted Awards 2022 yang berlangsung hari ini pada jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104), Gempak.com, YouTube dan TikTok Gempak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

14 Karya Astro Tercalon Dalam ContentAsia Awards 2024

gempak
19/07/2024
08:31 MYT
Astro telah berjaya memperoleh 4 pencalonan pada Anugerah ContentAsia pada tahun 2024.
Advertorial

Adakah Ini Takdir Terindah? Saksikan Cara Ajip Menawan Hati ‘Crush’ Dalam Mini Series Ke Kodiang With Love

gempak
02/04/2024
04:55 MYT
Apa itu ‘Takdir Terindah’? Mungkin setiap orang mempunyai deskripsi atau versi masing-masing tentang perkara tersebut. Namun, takdir terindah menurut Ajip adalah apabila dirinya bertemu kembali ‘crush’ dari zaman sekolah menengah, Naziah. Pertemuan tidak diduga itu terjadi selepas kereta yang dipandu Naziah rosak yang menyebabkan dirinya buntu un
Viral

Peminat Terberak Dalam Seluar Tampil Minta Maaf - "Sesiapa Yang Terkena Najis Saya Boleh…

gempak
20/02/2024
03:00 MYT
Kemeriahan Anugerah Muzik Hanteo 2024 bertukar menjadi ‘kecoh’ selepas salah seorang daripada peminat membuang air besar di dalam seluar ketika majlis itu berlangsung.
Laman Utama

Astro Raih 16 Anugerah Di Asian Academy Creative Awards 2023!

gempak
29/09/2023
14:27 MYT
One Cent Thief, Liar, Polis Evo 3, Borak Dulu Baru Kamu antara penerima anugerah.
Laman Utama

Diva AA Kata Fesyen Kelly Azman GMWA2022 'Nazak Dicekik Langsuir' - "Memang Konsep Saya Kelambu"

gempak
03/03/2023
06:55 MYT
Antara yang 'Terpaling Trending'!