,
Laman Utama

Giliran Wings Pula Masuk DFP 15 Julai Ini!

Amri Hassan
14/06/2022
10:40 MYT
Tanah mana lagi yang belum Wings terokai dengan muzik dan jiwa mereka. Sudah sepelosok tempat, daerah dan perjalanan Wings bawakan lagu-lagu serta kecintaan mereka terhadap dunia seni. Sudah banyak tanah dan udara ikut mendengar sekali lagu-lagu hits mereka yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.
Namun, untuk penambahan portfolio, sebuah konsert lagi bakal bertanda tertanda dalam senarai lokasi konsert-konsert Wings dan ini bakal menyaksikan sebuah persembahan yang berbeza dan ‘enhance’ dari Wings.
Vokal bertenaga Datuk Awie disertai dengan muzik sempurna bersama Black, Eddie, Sham dan Edrie Hashim akan berlagu di lokasi cukup berprestij iaitu Dewan Fhilharmonik Petronas (DFP).
Dibawakan dalam rangkaian senarai Fabulous Friday yang dibawakan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd, Wings bakal bertemu para peminat pada 15 Julai 2022, Jumaat pada jam 8.30 malam.
Fabulous Friday merupakan sebuah acara muzik yang dianjurkan oleh pihak Shiraz di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur dan Wings merupakan artis buka panggung acara ini yang dijadualkan bakal berlangsung setiap bulan dengan pemilihan selebriti tempatan dan luar negara.
Buat Shiraz yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects, kerjasama dengan Wings di sebuah lokasi yang berprestij dan dikenali dengan sistem bunyi yang sedap merupakan impian pihaknya.
"Kita semua sudah sedia maklum bahawa Wings sudah menjelajah serata tempat dengan lagu-lagu serta persembahan mereka yang senantiasa ditunggu-tunggu para peminat. Adalah satu penghormatan dan keterujaan buat kami untuk berkolaborasi bersama kumpulan legenda ini untuk memberikan sebuah persembahan dengan aura dan konsep yang berbeza di DFP.
"Pastinya para peminat tidak sabar menantikan Wings dalam suasana ruang DFP yang kita tahu memberikan ketenangan dan ambience yang berbeza. Wings pastinya menghangatkan ruang DFP!" ujar Shiraz.
Faktor pemilihan lagu-lagu akan menjadi sebuah momen yang mencabar untuk menjadikan senarai dalam persembahan DFP dan pastinya Wings akan tampil dengan sebuah persembahan yang bakal menjadi kenangan bersejarah lagi buat para peminat Wings khususnya.
Pihak Shiraz Projects berterima kasih kepada PENJANA, KKMM dan MyCreative kerana memberi sokongan kerana tanpa sokongan dari mereka adalah sukar untuk melaksanakan konsert di kala industri baru beransur pulih dari pandemic Covid-19.
Tiket-tiket berharga RM650 (Meet and Greet), RM375 (Diamond) dan RM250 (platinum) boleh diperolehi mulai 16 Jun 2022 di www.mpo.com.my
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.
Hiburan

Alan Walker Tunaikan Janji, Gegarkan KL Base 8 Nov Ini

gempak
14/09/2024
04:55 MYT
Menurut Alan, keputusan untuk membatalkan konsertnya sebelum ini adalah disebabkan faktor keselamatan dan juga isu penyalahurusan.