,
Hiburan

Giliran Staf Fazura Pula Bersuara, Mohon ‘Penyondol’ Jangan Putar Belit Cerita - “Video Pengakuan, Gambar Hidden & Segala Aktiviti Tak Bermoral…”

Mya Amri
14/09/2024
03:45 MYT
Susulan pendedahan pengawal peribadi Fazura mengenai isu rumah tangga pelakon itu, kali ini seorang lagi individu dipercayai pekerja aktres tersebut juga turut melakukan perkara yang sama.

Beri amaran pada penyondol

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram Story, individu itu memberi amaran kepada wanita yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Fazura bersama suaminya, aktor Fattah Amin.
Tegasnya, dia mempunyai bukti dalam bentuk video berhubung kesalahan dan aktiviti tidak bermoral yang dilakukan oleh wanita tersebut.

“Puas tak hati kau sekarang perempuan? Merosakkan rumah tangga orang? Ingat! Video segala pengakuan kau, pengakuan di Whatapps, gambar hidden apa yang berlaku luar dan dalam di hari kejadian dan segala aktiviti tidak bermoral sudah dihantar ke tempat yang sepatutnya,” dedahnya.

Malah, individu itu juga meminta agar wanita terbabit untuk berhenti memutar belit cerita yang tidak benar.
“Tak perlu reka kau hanya tempat mengadu sahaja ya. Pandai putar belit. Wow! Kau hebat dalam bab bab play victim,” tulisnya.

Jangan dengar cerita sebelah pihak

Dalam pada itu, individu itu juga meminta segelintir pihak untuk tidak mempercayai atau mendengar cerita di sebelah pihak sahaja.

“Sekumpulan yang rajin menghentam sebab dengar satu pihak sahaja, hati-hatilah. Tak perlu nak reka isu lain untuk sorok kebenaran.

“Hanya yang tahu sahaja tahu kejadian sebenar. Yang bodoh sama sahaja percaya orang bodoh punya cerita.
“Nampak sangat naif tu. Kalau nak spotlight sangat nanti aku hantar lampu shooting 18k hmi,” coretnya.
Pada Jumaat, Fazura, 40, membuat permohonan cerai terhadap Fattah, 33, di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor.
Berita perceraian Fazura dan Fattah itu disahkan oleh sumber yang enggan identitinya didedahkan.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Sudah Ada Isteri, Kenapa Nak Layan Orang Ketiga?” - Video Fattah Amin Ulas Tentang ‘Penyondol’ Kembali Tular

ARTIKEL BERKAITAN:Pengawal Peribadi Fazura ‘Spill The Tea’, Dakwa Fattah Amin Disondol Oleh Stylist?

ARTIKEL BERKAITAN:Dituduh Jadi Penyondol & Tak Sensitif Isu Rumah Tangga Fattah Amin-Fazura, Wanna Ali Jawab: “Saya Tak Ada Niat Langsung…”

ARTIKEL BERKAITAN:Foto Hitam Putih Undang Sebak, Netizen Titip Doa Buat Fazura - “Hugs… Semoga Yang Baik-Baik Untuk Awak”

ARTIKEL BERKAITAN:7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

Terdahulu keretakan rumah tangga Fattah dan Fazura mula dihidu oleh peminat selepas keduanya sudah tidak lagi berkongsi foto bersama di laman sosial Instagram masing-masing.
Fattah pada awal Ogos menafikan berdepan masalah rumah tangga dan mengatakan hubungan suami isteri bersama Fazura berada dalam keadaan baik.
Pasangan selebriti yang dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Nur Fatima Aisya, 4, itu berkahwin pada 2017.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Adira Suhaimi Anggap Fazura Sama Seperti Dirinya - “Dia Macam Saya Tak Tunjuk…”

gempak
18/09/2024
04:55 MYT
Pernah berdepan isu melibatkan rumah tangga, penyanyi Adira Suhaimi menyifatkan dirinya sama seperti pelakon Fazura yang tidak gemar menunjukkan sebarang tanda sedang menghadapi masalah kepada umum.
Viral

Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin Kembali Tular, Ada Netizen Beri Nasihat - “Jangan Galak Mengata Orang, Masing-Masing Ada Ujian”

gempak
17/09/2024
06:55 MYT
Susulan isu rumah tangga yang menimpa pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura, kini media sosial ‘riuh’ pula dengan buku berjudul ‘99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin’ yang kembali tular.
Hiburan

Wawa Zainal & Aeril Zafrel Mohon Netizen Henti Buat Spekulasi Isu Rumah Tangga Fattah, Fazura - “Bukan Sebab Curang, Mungkin…”

gempak
17/09/2024
01:37 MYT
Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin masih lagi menjadi perbualan hangat di laman sosial selepas aktres itu dilaporkan memfailkan perceraian terhadap suaminya pada Jumaat lalu.
Hiburan

Terima Banyak Mesej Bertanyakan Tentang Fazura, DJ Sonic Dedah Keperibadian Sebenar Isteri Fattah Amin - “Yang Rapat Saja Tahu…”

gempak
16/09/2024
07:25 MYT
Penyampai radio, DJ Sonic mendedahkan dia menerima banyak mesej di Instagram dan WhatsApp malah ada yang menghubunginya untuk bertanyakan mengenai isu melibatkan aktres Fazura.
Hiburan

Isu Rumah Tangga Fattah & Fazura, Umie Aida Titip Nasihat - “Kita Semua Tak Perlu Masuk Campur”

gempak
16/09/2024
03:55 MYT
Isu rumah tangga antara pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura baru-baru ini menggemparkan industri hiburan dan telah mendapat perhatian ramai termasuk rakan-rakan artis.