,
Hiburan

Giliran Amyza Aznan Buat Tuntutan Pada Zarina Anjoulie!

Badrul Hashim
05/07/2020
23:45 MYT
Pada 1 Julai lalu, pelakon Amyza Aznan memalui The Law Chambers of Fauzi & Naseer menuntut permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari serta bayaran ganti rugi kerosakan berjumlah RM5 juta daripada Nurul Hafidzah Hassan, yang merupakan peguam yang mewakili Zarina Anjoulie.
Baca: "Saya Punya Rekod Bersih Dalam Industri" - Amyza Aznan Kemukakan Saman RM5 Juta
Terbaru, pada 3 Julai 2020, Amyza Aznan membuat tuntutan ganti rugi am melebihi RM1 Juta daripada Zarina Anjoulie. Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Amyza Aznan.
1. Amyza Aznan telah memfailkan Pernyataan Pembelaan terhadap Saman dan Pernyataan Tuntutan oleh Zarina Anjoulie. Pembelaan telah difailkan pada 3 Julai 2020.
2. Sebelum itu Memorandum Kehadiran telah difailkan oleh Amyza Aznan pada 1 Julai 2020 setelah carian fail mengenai kertas-kertas kausa tindakan guaman yang dibawa Zarina Anjoulie berjaya dilakukan melalui e-kehakiman.
3. Di dalam Pernyataan Pembelaan tersebut, Amyza Aznan telah menafikan bahawa beliau ada terlibat mengeluarkan perkataan-perkataan fitnah terhadap Zarina Anjoulie melalui aplikasi Telegram di dalam kumpulan Covid-19 Persatuan Seniman. Selanjutnya beliau juga menafikan bahawa hantaran di aplikasi ‘instagram’ milik beliau merupakan fitnah kepada Zarina Anjoulie.
4. Selain itu, Amyza Aznan juga telah memfailkan satu Saman melalui Tuntutan Balas terhadap Zarina Anjoulie yang telah secara terang memfitnah beliau melalui ‘posting’ di laman Instagram Zarina Anjoulie dan secara rakaman video di aplikasi Facebook.
5. Dakwaan-dakwaan fitnah oleh Zarina Anjoulie jelas berniat jahat dan mendorong serta mencipta sangkaan buruk orang awam terhadap Amyza Aznan.
6. Saman dan Tuntutan Balas ini telah diserahkan kepada Peguamcara Zarina Anjoulie pada 3 Julai 2020.
7. Amyza Aznan menuntut ganti rugi am melebihi RM1 juta, ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan teladan serta perintah injunksi bagi menghalang Zarina Anjoulie atau mana-mana ejennya daripada menerbitkan semula kenyataan fitnah yang telah diterbitkan.
8. Amyza Aznan juga menuntut permohonan maaf daripada Zarina Anjoulie dan ianya perlu disiarkan di media cetak dan di laman facebook juga Instagram Zarina Anjoulie.
9. Bagi permohonan Penghakiman Ingkar Kehadiran yang dimohon oleh Zarina Anjoulie, satu Afidavit Balasan oleh Amyza Aznan juga telah difailkan pada 3 Julai 2020 dan diserahkan kepada Peguamcara Zarina Anjoulie pada tarikh yang sama.
Sebelum ini, pelakon dan model, Fara Mendoza menang saman malu atau fitnah ke atas Zarina Anjoulie setelah saman tersebut difailkan peguam Fara pada Januari lalu di Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan.
Baca: Terganggu Dengan Penyebaran Gambar Bogel & Tuduhan Gugur Anak, Fara Mendoza Menang Saman Malu Terhadap Zarina Anjoulie
Pelakon Emelda Rosmila juga turut menfailkan saman menuntut ganti rugi am melebihi RM1 juta daripada Zarina Anjoulie kerana didakwa menerbitkan kenyataan fitnah terhadapnya.
Baca: Emelda Fail Saman, Tuntut Ganti Rugi Lebih RM1 Juta Terhadap Zarina Anjoulie
Kes Amyza Aznan dan Emelda Rosmila bermula apabila Zarina Anjoulie melalui peguamnya menghantar dua tuntutan saman berasingan terhadap Amyza (tuntutan sebanyak RM3 juta) dan Emelda (tuntutan sebanyak RM1 juta).
Baca: Jatuhkan Reputasi, Zarina Anjoulie Tuntut Permohonan Maaf & Pampasan Sehingga RM4 Juta Terhadap 2 Pelakon Ini!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Caprice Bimbang Dengan Orang Yang Tetap Sokong ‘Abang Bas’? - “Bebas Tak Semestinya Tidak Buat Salah…”

gempak
18/09/2024
00:55 MYT
Penyanyi rap Caprice memberitahu individu yang dibebaskan selepas membayar jaminan bukanlah bermaksud tidak membuat kesalahan.
Hiburan

Berang ‘Orang Luar’ Masuk Campur Isu Rumah Tangga, Abang Tesla Bakal Saman 3 Individu

gempak
05/09/2024
05:55 MYT
Isu rumah tangga pempengaruh sensasi iaitu Abang Tesla dan kedua-dua isterinya masih menjadi bualan hangat netizen di media sosial.
Hiburan

Netizen Suka Hidung Lama, Kurang Selesa Bab Tayang Pembedahan, Anju Mohon Maaf - “Itu Tajaan, Tolong Faham Ini Punca Rezeki Saya”

gempak
01/09/2024
23:52 MYT
Pelakon, Zarina Anjoulie memohon maaf sekiranya ada pihak kurang selesa dengan hantaran di media sosial yang memaparkan dirinya menjalani pembedahan kosmetik hidung.
Hiburan

Isu Kes Saman, Bekas Kakak Ipar Ira Kazar Mohon Maaf Secara Terbuka Terhadap Puteri Sarah Depan Hakim

gempak
30/08/2024
02:57 MYT
Pelakon Puteri Sarah bersetuju menyelesaikan kes saman fitnah terhadap bekas kakak ipar kepada Ira Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan secara baik di Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Berita

Pemandu Lamborghini Saman Majlis Bandaraya Selepas Kereta Kena Saman

gempak
29/08/2024
05:55 MYT
Aquilino telah disaman sebanyak $800 (RM3,475)  kerana didakwa telah melakukan pencemaran bunyi.