,
Laman Utama

Gila! Beg Tangan Bersaiz Lebih Kecil Dari Sebutir Garam Dilelong Pada Harga RM294,000

Awani
02/07/2023
04:50 MYT
Sebuah beg tangan kecil berukuran kurang daripada 0.03 inci lebar dijual pada harga lebih AS$63,000 (RM294,052) dalam sesi lelongan dalam talian, Rabu lalu.
Hampir tidak dapat dilihat oleh mata manusia, beg berwarna hijau kekuningan pendarfluor itu mengambil inspirasi reka bentuk Louis Vuitton, walaupun ia adalah hasil kerja sebuah kumpulan seni New York, dan bukan keluaran label mewah itu sendiri.
BACA: Beg Tong Cat Louis Vuitton Dijual Dengan Harga RM12,000, Ada Yang Sudah Beli?
Digelar sebagai "Beg Tangan Mikroskopik", kumpulan seni tersebut, MSCHF, yang berpangkalan di Brooklyn memaklumkan beg itu lebih kecil daripada sebutir garam laut.
Beg tangan itu diperbuat menerusi teknologi pembuatan yang digunakan untuk mencetak bahagian plastik berskala mikro 3D, dipanggil two-photon polymerization. Ia dijual bersama mikroskop yang dilengkapi dengan paparan digital di mana beg itu boleh dilihat.
Foto promosi menunjukkan reka bentuknya dengan lebih terperinci, mendedahkan monogram dengan tulisan "LV" yang biasa terdapat pada beg jenama Louis Vuitton.
Jualan lelongan itu dihoskan oleh Joopiter, sebuah pusat lelongan dalam talian yang ditubuhkan oleh artis, Pharrell Williams.
Walaupun Williams kini berkhidmat sebagai pengarah kreatif pakaian lelaki di Louis Vuitton, ketua pegawai kreatif MSCHF, Kevin Wiesner sebelum ini memberitahu New York Times bahawa kumpulan mereka tidak meminta kebenaran LV untuk menggunakan logo atau reka bentuknya.
BACA: Bye Bye Elon Musk, Tokey Louis Vuitton Pegang Rekod Individu Terkaya Di Dunia
MSCHF buat masa ini enggan memberi sebarang respons berkaitan rekaan beg tangan berkenaan, lapor CNN.
Walau bagaimanapun, dalam satu kenyataan yang diterbitkan bersama penyenaraian lelongan, syarikat tersebut menyatakan bahawa kecintaan industri fesyen terhadap beg kecil telah menjadi semakin lebih abstrak sehingga aksesori itu dianggap 'simbol jenama semata-mata'
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Hiburan

Hakim Tolak, Diddy Combs Minta Dipenjara Di Rumah Di Pulau Persendirian

gempak
23/11/2024
15:00 MYT
Pasukan guaman Sean Diddy Combs melakukan banyak perkara demi menyelamatkan rapper yang berdepan dengan ratusan kesalahan melakukan pemerdagangan seks terhadap kanak-kanak dan orang dewasa.
Hiburan

Konsert Akon ‘The Superfan Tour’ Memang Gempak! Siap Ambil Telefon Peminat Untuk Rakam Video

gempak
23/11/2024
13:55 MYT
Tak sampai dua jam, tapi Konsert Akon ‘The Superfan Tour’ sememangnya memberi satu memori yang tidak akan dilupakan oleh peminatnya.
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Gaya Hidup

#FinancialFaiz: Duit Tabung Kecemasan, Pelindung Di Saat Perlu

gempak
23/11/2024
12:25 MYT
Pendidik Kewangan, Faiz Azmi atau lebih dikenali sebagai Financial Faiz menyatakanmemiliki tabung kecemasan adalah satu keperluan yang tidak boleh diabaikan.
Unitar