,
Berita

Gesekan Biola Tun Siti Hasmah Pukau Lebih 1,000 Hadirin

Asraf Aided
07/07/2019
10:33 MYT
Gesekan biola Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada Majlis Makan Malam Gala Kelab Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Mary malam ini berjaya memukau lebih 1,000 hadirin, lapor AWANI.
Pada majlis tersebut, isteri Perdana Menteri itu mempersembahkan tiga buah lagu iaitu 'Secret Garden', 'You Raise Me Up' dan 'Que Sera Sera' diiringi guru biolanya, Winnie Cheah serta pemain piano, Nor Raina Yeong Abdullah yang menyaksikan hadirin berdiri memberikan tepukan gemuruh sebagai tanda penghormatan.
Terdahulu, Dr Siti Hasmah yang juga alumni SMK St Mary dalam ucapannya berkata beliau berhenti bermain biola sewaktu umurnya 16 tahun untuk memberi fokus kepada pengajiannya dan kemudian kembali menggesek biola pada umur 86 tahun.
"Ia membuktikan usia tidak menghalang sesiapa sahaja daripada mengejar impian," katanya.
Beliau turut berkongsi kenangannya semasa menuntut di sekolah St Mary sewaktu beliau menduduki peperiksaan kertas akhir Senior Cambridge Examination pada tahun 1941.
"Pada hari itu, bom dijatuhkan ke Singapura serta di Pulau Pinang dan tentera Jepun menyeberangi sempadan ke Kelantan.
"Pengalaman ini dapat dilihat dalam tema majlis makan malam gala ini iaitu ' United and Strong: Past and Present'," katanya.
Pada majlis itu juga, Dr Siti Hasmah diberi kejutan sempena hari kelahirannya yang ke-93 yang bakal disambut pada 12 Julai ini.
Sementara itu, Presiden Kelab Alumni SMK St Mary, Cynthia Wan Mai Gan berkata majlis makan malam gala yang bertujuan mengumpul dana bagi SMK St Mary dan Sekolah Rendah (SK) St Mary itu berjaya meraih lebih RM140,000.
"Dana ini diperlukan untuk operasi Pusat Seni Hospitaliti dan Kulinari Saleha (SHCAC) di SMK St Mary termasuk menggaji guru yang mengajar memasak dan bagi SK St Mary pula, dana ini diperlukan bagi membolehkan pelajar mempunyai pengalaman pembelajaran yang lebih efektif," katanya.
Sumber : Astro AWANI/BERNAMA Kredit Foto : BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Konsert Percuma Di YouTube MPO Bermula 31 Ogos, Ada Tun Siti Hasmah, Aishah, Datuk Syafinaz & ...

gempak
30/08/2021
13:38 MYT
Ramai tokoh hebat akan muncul dalam konsert ini!
Laman Utama

Tun Siti Hasmah Telefon Shuib Sampaikan Ucapan Takziah - “Semua Orang Merasa Kehilangan Siti Sarah”

gempak
12/08/2021
03:39 MYT
Pemergian yang dirasai.
Laman Utama

“Bukan Sebab Isteri Bekas PM, Saya Ambil Vaksin Sebab...” - Tun Dr Siti Hasmah

gempak
10/03/2021
01:21 MYT
Semoga Tun sihat dan bebas covid!
Berita

Siti Nurhaliza Tulis Sajak Buat Tun Mahathir & Siti Hasmah

gempak
02/03/2020
03:33 MYT
Hiburan

"Saya Berdepan Cabaran Besar Hidupkan Watak Tun Siti Hasmah" - Fauziah Latiff

gempak
06/02/2020
12:58 MYT