Hollywood
George Floyd, 'VIP' yang Menyatukan Semua Warna Di Dunia
George Floyd bukan VIP, beliau juga bukan bangsawan atau pesohor seni yang terkenal di seluruh dunia.
Beliau adalah seorang lelaki kulit hitam berbangsa Afrika Amerika yang hayatnya hanya berpenghujung di usia 46 tahun. Floyd menjadi VIP dunia sejak kematiannya pada 25 Mei 2020.
Iya, George Floyd yang semasa hayatnya pernah bergelar mantan pemain bola keranjang hanya orang awam biasa.
Namun kematiannya telah memicu rusuhan yang cukup hebat dan tak terkawal di kebanyakan bandar di Amerika Syarikat sehingga memaksa beberapa bandar melakukan perintah berkurung.
Semua gara gara kematiannya yang berpunca akibat ditindih pada bahagian leher menggunakan lutut oleh seorang pegawai polis bernama Derek Chauvin.
Floyd ditangkap dengan tuduhan memakai duit palsu bernilai US$20 untuk membeli rokok di sebuah kedai.
Video tragedi itu kemudian menjadi viral. Seluruh dunia marah, apa lagi saat itu Floyd sempat melaungkan ia tidak boleh bernafas selama tujuh minit, tetapi usaha orang ramai mahu membantu tidak dilayan pihak polis.
Tidak hanya cara tragis kematiannya yang membangkit kemarahan seluruh dunia.
Sebaliknya isu perkauman, warna kulit dan betapa kasta orang kulit putih dan kulit hitam adalah faktor utama tercetusnya banyak demonstrasi dan protes keras dengan kata laung 'I Can't Breathe' dan slogan Black Lives Matter dilihat bertabur di jalanan.
Bukan hanya marhaen yang berdemonstrasi di jalanan, segerombolan bintang Hollywood melaungkan keprihatinan dan kemarahan dengan menyalurkan jutaan ringgit bagi membantu dana demontrasi jalanan.
Jamie Foxx, Ariana Grande dan Model Emily Ratajkowski antara yang sempat turun ikut protes di jalanan.
Beyonce juga sempat meluapkan kemarahannya di Twitter dengan mengatakan: "Saya bukan bercakap tentang orang kulit hitam. Jika kamu orang kulit hitam ke putih atau coklat, anda akan berasa putus harapan dengan rasisme di Amerika sekarang."
Musisi Kehlani menderma US$1, 000 dan model Chrissy Teigen menyumbangkan US$200 untuk para pendemontrasi jalanan sebagai tanda sokongan.
Slogan #BlackOutTuesday juga menggema di laman sosial sejak Isnin (2/5/2020) dengan kebanyakan bintang dari Pharell, Justin Bieber, Rihanna sehingga anak seni Malaysia Yuna ikut serta.
"Kita melawan rasisme dan ketidakadilan sebagai tanda solidariti," tulis Yuna lewat akaun Instagramnya, @yuna sekitar 19 jam lalu yang juga mengaku dia membesar dengan mendengar lagu lagu orang kulit hitam.
Saluran Nickelodeon juga memberi penghormatan 'hitam' selama lapan minit 46 saat untuk menghormati tragedi kematian Floyd.
Pokoknya, satu dunia, tidak kira agama atau bangsa, tua juga muda, sedang bersatu melawan rasisme atau memperlekehkan warna kulit seseorang yang lahir dunia.
Sehingga siapa sahaja yang menyentuh isu Floyd sama ada secara sengaja atau tidak (termasuk kes Miss Universe Malaysia, Samantha James) akan menerima padah yang fatal.
Semuanya kerana apa? Kerana sebagai manusia, agama, bangsa atau warna kulit adalah sama. Tidak ada yang membezakan kluster, kecuali betapa ortodoksnya minda kita.
Kredit Foto: The New Yorker, LA Times, The Guardian, Insider
Instagram: @beyonce, @yuna, @badgilriri, @justinbieber
Must-Watch Video