HIBURAN
GENBLUE Mengagumkan Dunia K-Pop Dengan EP Korea Pertama & MV ‘Act Like That’, Rancang Bertemu Peminat Di Malaysia!
Kumpulan gadis dinamik dari Taiwan, GENBLUE, telah melancarkan EP Korea pertama mereka, ACT LIKE THAT, yang turut disertakan dengan jelajah promosi di seluruh Asia, termasuk Malaysia.
Penghargaan pada peminat
Ketua kumpulan, XXIN, berkongsi album ini didedikasikan kepada peminat sebagai tanda penghargaan dengan sokongan yang telah diberikan.
"Album ini mencerminkan intipati sebenar GENBLUE, dan kami dedikasikan ia kepada peminat sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi!"
Terdiri daripada XXIN, AYEON, YUAN, LILI, AYAKO, dan NICO, GENBLUE kini menjadi
kumpulan gadis pertama dari Taiwan yang menembusi pasaran album fizikal di Korea Selatan dengan EP ini.
Album EP ini mengandungi empat lagu yang bervariasi daripada rentak rancak hingga melodi yang menenangkan, iaitu ACT LIKE THAT, OH!, SLOW DOWN dan FEEL LIKE SPRING.
Sejak dilancarkan, album ini telah tular dalam talian, terutamanya video muzik ACT LIKE THAT, yang menampilkan koreografi one-take serta memperlihatkan sisi berani tetapi ceria mereka.
Ditubuhkan di bawah label Taiwan, TEN Entertainment, GENBLUE mula meraih populariti
menerusi rancangan realiti NEXT GIRLZ pada tahun 2023.
Nama mereka merupakan gabungan perkataan Generation dan Blue, melambangkan semangat era baharu serta keluasan lautan yang tidak berpenghujung.
Selepas menjalani latihan intensif bersama jurulatih ternama dari JYP, YG, SM, dan HYBE,
GENBLUE mencipta sejarah sebagai kumpulan gadis pertama dari Taiwan yang debut di Korea dengan single COCOCO pada tahun 2024, diikuti dengan kemenangan K-POP Rookie Award di Korean Culture and Entertainment Awards.
Mereka semakin menyerlah di Korea melalui persembahan muzik, acara tandatangan album, flash mob, kedai pop-up eksklusif serta kolaborasi foto booth. Bagi merakam album ini, ahli kumpulan yang berbahasa Mandarin ini telah berusaha mempelajari bahasa Korea.
Mereka juga sedang meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris untuk berinteraksi lebih baik dengan peminat antarabangsa.
GENBLUE juga memberi bayangan kemungkinan bakal mengadakan acara istimewa untuk peminat sekiranya video muzik ACT LIKE THAT melebihi 30 juta tontonan.
Peminat di Malaysia boleh membantu merealisasikannya dengan menekan butang play!
Mini album GENBLUE – ACT LIKE THAT kini boleh didapati di K-MONSTAR.
Tonton video muzik ACT LIKE THAT di: https://youtu.be/69QCKEYOAZs?si=9QBTONr0uBtr5_y2
ARTIKEL BERKAITAN: Tampil Seksi Di “The Ruby Experience”, Jennie BLACKPINK Dikritik Peminat - “Saya Tak Tahu Nak Cakap Apa”
ARTIKEL BERKAITAN: Rindu Terubat! Bintang Running Man Hiburkan Lebih 5,000 Peminat Malaysia
Must-Watch Video