,
Laman Utama

Genap 100 Hari Pemergian, Lagu Terbaru Sandra Dianne Berjudul Sandra Dilancarkan

Azwa Rahman
19/12/2020
06:50 MYT
Peserta Big Stage 2020, Allahyarhamah Sandra Dianne telah meninggal dunia genap 100 hari pada hari ini.
Meski jasadnya tidak bersama lagi, lagu terbaharunya berjudul Sandra tetap dilancarkan sebagai bingkisan terakhir yang penuh beremosi dan meruntun jiwa.
Mendapat sentuhan komposer Jonathan Tse dan Mohariz Yaakub, inspirasi lagu Sandra terhasil daripada kisah pemergian Arwah Ashraf Sinclair pada awal tahun ini.
“Lagu ini saya cipta bersama Mohariz tanpa menetapkan siapa penyanyi tepat pada asalnya. Sebaik Sandra mendengarnya, dia terus jatuh cinta dan mahukan lagu ini.
“Kami pun memang tahu kualiti nyanyiannya dan bersetuju memberinya kepada Sandra. Tidak sangka, dia berjaya menyuntik magis sendiri dalam nyanyian, bahkan dia menambah elemen uniknya,” kata Jonathan menerusi satu kenyataan akhbar yang dihantar kepada Gempak.
Tambahnya lagi, elemen sedih dalam lagu tersebut dan lirik-liriknya bukanlah bertujuan untuk meratapi pemergian Sandra.
“Lagu ini bukan membawa maksud untuk meratapi pemergian orang tersayang itu sebaliknya curahan hati bagaimana seseorang melakukan refleksi terhadap hal itu.
Bagaimanapun, elemen kesedihan itu pastinya tetap ada dan terserlah dalam melodi serta cara penyampaian bait-bait liriknya,” katanya.
Terdahulu, Sandra disahkan meninggal dunia pada 11 September selepas terbabit dalam sebuah nahas jalan raya ketika dalam perjalanan untuk sesi latihan konsert keempat Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya.
Pihak Astro kemudian mengambil keputusan untuk tidak meneruskan konsert kelima dan menggantikannya dengan Konsert tribute istimewa #SandraDalamKenangan sebagai mengenang penglibatan Sandra dalam industri tanahair terutamanya sepanjang pertandingan Big Stage 2020 berlangsung.
Sandra sebelum ini meledak menerusi single Hey! Kau, Terkemuka, Tulus, dan Jelaskan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Big Stage 2020

Tegar Septian, Aisha Retno Antara Peserta Yang Bakal Menggegarkan Big Stage 2022

gempak
19/01/2022
09:12 MYT
Tak sabarnya!
Laman Utama

Dinie Rashid Janggal Tanpa Khai – “Dia Rakan Duo Saya, Selama Ni Atas Pentas…”

gempak
22/03/2021
07:45 MYT
Tapi betul ke Dinie dan Khai bergaduh?
Laman Utama

Rezeki Mencurah Selepas Keluar Big Stage 2020, Azzam Sham, Usop & Qody Rany Berlakon Telefilem Komedi Seram

gempak
11/11/2020
08:54 MYT
Tak sabar nak tonton!
Big Stage 2020

Dinie Rashid Mengaku Dulu Selalu Diperlekeh, Tapi Lepas Big Stage 2020 Diri Jadi Lebih Yakin

gempak
10/11/2020
09:00 MYT
Penyanyi Dinie Rashid yang juga bekas peserta Big Stage 2020 (BS2020) akui kekurangan dirinya pernah diperlekeh suatu masa dulu.
Laman Utama

Cantiknya! 'Tayang' Buah Hati Anak Mami, Usop Sedia Tamat Zaman Bujang

gempak
30/10/2020
09:50 MYT
Till jannah guys!