,
Laman Utama

Gemuk, Peha Besar.. Janna Nick Terasa Dengan Komen ‘Body Shaming’ Netizen - “Terfikir Nak Potong Perut”

Azwa Rahman
25/05/2022
06:41 MYT
Selebriti Janna Nick meluah rasa sedih dan tersinggung apabila dirinya masih menerima ejekan bentuk badan ataupun ‘body shaming’ daripada wargamaya.
Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 27, dia pernah terfikir untuk melakukan pembedahan bariatrik atau memotong usus bagi mendapatkan bentuk badan kurus.
Janna berkata demikian menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Selasa.
“Hari ni aku rasa sedih. Selama ni aku tak peduli pun bila orang cakap aku gemuk, peha aku besar. Tapi this time around, aku betul-betul terasa.
“Sampai fikir nak potong perutlah. Bodoh kan? Tapi takpe lah, aku akan buktikan aku boleh kurus. Biarlah orang nak sakitkan hati aku. Yang penting aku tak sakitkan hati orang lain.
“Aku harap korang yang tengok video aku, tolong stop body shaming orang lain. Its not cool. Janji okay, jangan buat dekat orang lain,” kata Janna menerusi hantaran video tersebut.
Menerusi perkongsian berdurasi satu minit itu, Janna mula melakukan pelbagai aktiviti menyihatkan sebagai bukti menyahut cabaran yang dia mampu untuk berbadan langsing.
Tambah anak kelahiran Kedah itu lagi, walaupun ramai yang cuba melukakan hatinya dengan ejekan bentuk badan, dia mengambil pendekatan untuk tidak mahu menyakitkan hati sesiapa.
Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan peminat memberikan kata-kata sokongan buat Janna untuk meneruskan aktiviti membakar lemak.
“Jangan potong-potong. You go girl,” tulis Salina Saibi.
“Lets go adikku. We can do this,” ujar Raf Yaakob.
“Do whatever makes you happy. Yang penting sihat inside and out,” sokong Adeline Tsen.
“Jangan sedih, still cantik bahagia itu cara kita, bukan sebab orang. Awak tetap cantik sedap mata memandang. Kurus sangat pun tak cantik,” komen seorang wargamaya.
“Sabar Janna, jangan pedulikan apa orang kata. Sekarang kata Janna gemuk, esok-esok dah kurus, depa kata jugak. Yang penting Janna sentiasa sihat,” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 480,000 tontonan dan 31, 000 tanda suka daripada warga Instagram.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Hiburan

Netizen Persoal Pakai Bathrobe Saiz Kecil, Intan Najuwa Jawab – “Amboi Mulut Kau, Memang Time Hamil Pun Pakai XS Atau S”

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Pelakon, Datin Intan Najuwa membalas komen netizen yang seoalah-olah menyindir tentang saiz pakaian yang bakal dibawa ke hospital sebelum bersalin.
Hiburan

“Saya Bernasib Baik Tiada Kecederaan Kekal Pada Anak” - Dr Say Dah Buang Maid! Terima Teguran Netizen, Mohon Maaf Atas Kelalaian

gempak
22/11/2024
07:55 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril menerima teguran netizen dengan hati terbuka susulan isu pembantu rumahnya sebelum ini.
Viral

Suami Gubahkan Lirik Lagu Buat Kieda Crepe - "Masya-Allah, Buatkan Saya Menangis"

gempak
18/11/2024
12:55 MYT
Usahawan Kieda Crepe kembali menjadi tumpuan warganet apabila suaminya, Amy, menghadiahkan sebuah lagu khas untuk isterinya dengan lirik yang diubah bagi menyuntik semangat.
Unitar