,
Berita

#GempakWrapped2023: Serangan Ke Atas Gaza, Zayn Rayyan, Nahas Pesawat Di Elmina Antara Tragedi Duka Sepanjang Tahun

Izwan Isa
31/12/2023
08:55 MYT
Suka duka 2023 banyak mematangkan manusia, tidak kira hal yang baik mahupun tidak, setiap yang berlaku pasti memberikan iktibar kepada kita semua. Sungguhpun banyak perkara positif yang terjadi, namun tidak kurang beberapa tragedi yang menyayat hati.
Berikut merupakan tragedi yang berlaku sepanjang 2023:
Zayn Rayyan Satu Malaysia menumpahkan rasa risau tatkala seorang kanak-kanak bernama Zayn Rayyan dilaporkan hilang. Perasaan risau bertukar duka apabila Zayn ditemui tidak bernyawa selepas usaha mencari dijalankan. Namun, perasaan risau warga Malaysia bertukar marah tatkala diberitakan arwah Zayn Rayyan didakwa meninggal dunia kerana dibunuh. Sehingga kini, si pelaku masih belum dapat ditangkap.

BERITA TRENDING: Polis Sahkan Zayn Rayyan Mati Dibunuh

Perang Gaza Salah satu tragedi yang menjadi bualan dunia adalah konflik peperangan yang tercetus antara Israel dan Palestin. Pada 7 Oktober, kira-kira 5,000 roket dilepaskan oleh pejuang Hamas menuju ke Israel dari Genting Gaza, disusuli penyusupan ketenteraan ke dalam Kibbutz. Disebabkan itu, peperangan yang disebut sebagai Taufan Al-Aqsa telah mencetuskan serangan demi serangan dari Israel sehingga telah membunuh lebih 20,000 nyawa yang tidak berdosa di tanah Gaza.

BERITA TRENDING: Kenapa Tembikai Jadi Lambang Solidariti Buat Palestin​?

Tujuh Sekeluarga Kemalangan Kisah duka menyelubungi Malaysia tatkala mendapat berita mengenai satu keluarga yang terbabit dalam satu kemalangan melibat lima kenderaan di Muar. Lima mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan. Difahamkan kejadian itu berlaku selepas sebuah lori membawa muatan pasir hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sementara sebuah Honda HRV memperlahankan kenderaan kerana terdapat kerja-kerja pembaikan jalan sebelum lori yang bergerak dari arah sama gagal membrek dan hilang kawalan. Akibat pelanggaran itu, lori berkenaan terbabas ke sebelah kanan jalan memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Perodua Alza dinaiki tujuh sekeluarga itu.

BERITA TRENDING: Abang Sempat Hantar Selfie Kepada Adik-Beradik Sebelum Kemalangan​

Kapal Terbang Terhempas Di Elmina Pada 17 Ogos 2023, sebuah pesawat yang dalam perjalanan dari Pulau Langkawi menuju ke Subang terhempas di Elmina Central Park, Shah Alam. Kejadian tersebut mengorbankan 10 nyawa, termasuk pemandu e-hailing dan penunggang motosikal yang kebetulan berada di kawasan sama. Difahamkan, ia kejadian yang hampir serupa selepas 46 tahun di Elmina.

BERITA TRENDING: Pesawat Ringan Terhempas Di Elmina Shah Alam, Ada Mangsa Dikhuatiri Maut?​

Izzat Zaidi Kemalangan Pelumba Izzat Zaidi kritikal selepas mengalami kecederaan yang teruk seperti patah tulang rusuk kiri dan pendarahan pada paru-paru selepas terlibat dalam kemalangan sewaktu sesi ‘Super-Pole’ pada perlumbaan Cub Prix Malaysia yang diadakan di Litar Bandar Medini,Iskandar Puteri pada Oktober lalu. Menerusi video yang tular, Izzat dipercayai melanggar penghadang jalan sebelum terbabas ke pagar keselamatan yang diletakkan di tepi litar. Bagaimanapun, Izzat sudah kembali sihat selepas menerima rawatan di hospital.

BERITA TRENDING: Pelumba Club Prix Malaysia, Md Izzat Zaidi Masih Kritikal - “Bangun La B, Sayang Rindu… Anak-Anak Pun”​

Kebakaran Besar Di Majlis Perkahwinan Siapa sangka, majlis perkahwinan yang serba indah bertukar tragedi apabila kebakaran tercetus sehingga menyebabkan 113 orang meninggal dunia. Difahamkan, pengantin lelaki kehilangan 15 ahli keluarga, manakala pengantin perempuan kehilangan 10 saudara termasuk ibu dan abang kandungnya. Menurut laporan media, kebakaran itu berlaku kerana bunga api yang dinyalakan pada majlis resepsi menyambar hiasan di siling dewan sehingga menyebabkan ia jatuh lalu menghempap tetamu yang hadir.
Gempa Bumi Turki Pada 6 Februari 2023, sebuah gempa bumi besar melanda bahagian tengah dan selatan Turki dan utara Syria sehingga menyebabkan kemusnahan besar-besaran. Menerusi gegaran itu, ramai mangsa terkorban di bahagian Turki Tenggara dan Syria Barat Laut. Difahamkan, kejadian gempa itu menyamai Gempa bumi Erzincan 1939 sebagai gempa bumi terkuat yang pernah tercatat secara radas yang pernah melanda Turki. Ia juga merupakan gempa bumi yang menyebabkan kematian terbanyak di Turki semenjak gempa bumi Izmit 1999.

BERITA TRENDING: Gempa Bumi Turkiye, Syria: Angka Maut 7,900, Bayi Bertali Pusat Selamat & Masjid Jadi Tempat Berlindung​

Tragedi Jeram Air Putih Jeram Air Putih yang cukup terkenal sebagai tempat rekreasi dan juga lubuk untuk kaki pancing berubah menjadi lokasi ‘ngeri’ apabila 10 sekeluarga meninggal dunia dihanyutkan kepala air. Orang awam menyedari tentang tragedi berkenaan selepas mayat seorang wanita dan anaknya ditemui masing-masing terapung dan tersangkut pada pokok selepas dihanyutkan arus kira-kira 24km dari tempat kejadian.

BERITA TRENDING: Kereta Biasanya Tak Boleh Masuk, Penduduk Kampung Kongsi Cerita - "Orang Luar Tak Tahu Bahaya Kepala Air Jeram"​

Nahas Kapal Selam Pelancong Titan Dunia dikejutkan dengan berita kehilangan kapal selam pelancong Titan milik OceanGate yang digunakan untuk melihat bangkai kapal Titanic yang karam pada 1912. Selepas lima hari pencarian, Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengesahkan kapal selam yang membawa lima penumpang itu meletup selepas serpihan kapal selam itu ditemukan. Semua lima mangsa yang berada di dalam kapal selam itu disahkan maut sekali gus menamatkan operasi pencarian yang berlanjutan selama lima hari. Identiti kelima-lima penumpang dalam kapal selam itu didedahkan. Mereka ialah Stockton Rush (Pengasas, CEO OceanGate Expeditions, mengemudi kapal selam itu), Hamish Harding (Ahli perniagaan, penjelajah dan bilionair Britain), Paul-Henri Nargeolet (Pakar maritim Perancis yang melakukan lebih 35 selaman ke lokasi Titanic), Shahzada Dawood (Ahli perniagaan berketurunan Britain-Pakistan) dan Suleman (Anak kepada Shahzada).

BERITA TRENDING: Kapal Selam Titan Meletup Berhampiran Titanic, 5 Penumpang Disahkan Meninggal Dunia​

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

#GempakWrapped2023: Artis Berkelahi, Bertumbuk, Bercerai, Menyondol, Buka Tudung, Segalanya Yang Panas Tahun Ni!

gempak
29/12/2023
12:02 MYT
Jom recap!
Hiburan

#GempakWrapped2023: Rumah Tangga Dilanda Badai...Mawar Rashid, Syamsul Yusof & Jovian Mandagie Antara Selebriti Yang Berpisah Tahun Ini

gempak
29/12/2023
08:55 MYT
Semoga yang terbaik buat selebriti-selebriti ini
Laman Utama

#GempakWrapped2023: Mak Cik Marhaban, Aizat Saha, Adib Banana Dibs, Nisa Ai Antara Yang Tiba-Tiba Popular Tahun Ini

gempak
26/12/2023
09:55 MYT
Antara yang tiba-tiba popular sepanjang 2023
Laman Utama

#GempakWrapped2023: Gemilang Dunia Sukan, Tumbukan 36 Saat Jojo, Rekod Legosam, Sensasi Pecut Qabil Irfan, Cemerlang Regu Aaron Chia & Soh Wooi Yik

gempak
25/12/2023
13:55 MYT
Gempak Wrapped 2023 edisi sukan.
Laman Utama

#GempakWrapped2023: Remy Ishak, Yonnyboii Sambut Cahaya Mata Pertama, Mawar Rashid Tukar Nama Anak

gempak
24/12/2023
09:55 MYT
Tahniah untuk semua selebriti