,
Gaya Hidup

#GempakSpotlight : Lima Selebriti Lelaki Bertaraf Ikon Fesyen Dalam Industri Hiburan

Asraf Aided
23/08/2019
12:27 MYT
Fesyen memainkan peranan penting dalam industri hiburan, bukan sahaja terhadap wanita, malah ia juga penting kepada selebriti lelaki untuk sentiasa tampil kacak dengan identiti gaya tersendiri.
Kali ini, ruangan Gempak Spotlight menampilkan kepada anda lima selebriti lelaki yang layak dilabel sebagai ikon fesyen dalam industri hiburan tempatan.
Awal Ashaari
Penampilan hos dan aktor popular ini tidak pernah menghampakan. Awal Ashaari sentiasa tampil kacak menggayakan persalinan dari jenama mewah antarabangsa di acara-acara tempatan mahupun di luar negara.
Antara jenama yang sering dikenakannya adalah persalinan Christian Dior, aksesori dari Bvlgari dan banyak lagi. Tidak hairanlah isterinya, Scha Alyahya juga tak pernah kalah berfesyen!
Henry Golding
Lakaran cemerlang Henry Holding di persada Hollywood sudah tentu membanggakan peminatnya di Malaysia.
Henry sentiasa tampil maskulin dan berkarisma dalam pelbagai acara yang dihadirinya. Gaya yang kemas, ringkas dan elegan sudah menjadi identiti dirinya dalam berfesyen.
Joe Flizzow
Citarasa rapper ini juga harus diberi pujian. Joe Flizzow berjaya menyuntik identiti Hip Hop ketika berfesyen.
Jika diperhatikan, Joe sentiasa kelihatan bersahaja dan tidak terlalu mencuba, jauh sekali untuk kelihatan keterlaluan dalam mengatur gayanya. Rapper yang turut bergelar usahawan ini juga menyesuaikan pemakaiannya mengikut tema majlis yang dihadirinya.
Hael Husaini
Tidak dinafikan, Hael semakin bijak mengatur gayanya ketika berfesyen. Elemen pop dan formal kerap diterapkan dalam penggayaannya.
Hael juga sentiasa mengikuti trend pemakaian semasa, boleh dikatakan, citarasanya dalam berfesyen adalah seiring dengan kejayaannya dalam industri muzik tanah air.
Aedy Ashraf
Last but not least! Pelakon Aedy Ashraf juga tidak harus ketinggalan. Aedy berjaya menggayakan fesyen dengan suntikan watak 'bad boy'.
Selain bijak berpakaian, Aedy juga sering mendapat pujian apabila sentiasa kelihatan sesuai dan kacak mencuba pelbagai jenis potongan rambut yang menjadi kegemaran masyarakat masa kini.
Demikianlah senarai lima selebriti lelaki bergaya yang layak digelar ikon fesyen dalam industri hiburan.
Kepada pencinta fesyen, Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) kini kembali buat tahun yang ketujuh.
Ia sedang berlangsung bermula 21 hingga 25 Ogos ini, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pementasan fesyen dan momen menarik sepanjang acara ini di platform Gempak.
Topik apakah yang bakal dibincangkan dalam ruangan Gempak Spotlight pada minggu hadapan? Nantikan!
Selamat berhujung minggu kepada anda seisi keluarga!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Idzham Ismail Tengah ‘Tunggu Bidadari Baru’, Netizen Rancak Beratur Tawarkan Diri Nak Jadi Teman Hidup - “Saya Dah Lupakan Fattah Amin”

gempak
24/11/2024
08:55 MYT
Sejak kes penceraian, nama pelakon, Idzham Ismail sering mencuri perhatian netizen.
Berita

Tiada Lagi Khemah Biru, Aktiviti Berkelah Kembali Seronok Di Port Dickson

gempak
24/11/2024
08:25 MYT
Ia selepas Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) mengarahkan semua pengusaha khemah biru di pantai terbabit menghentikan aktiviti perniagaan sewaan khemah mulai 18 November lalu.
Hiburan

Zul Ariffin Tersasul Minta 4 Isteri Ketika Berdoa, Netizen Terhibur - “Satu Pun Belum Ada…”

gempak
24/11/2024
07:55 MYT
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, pelakon filem Sheriff itu secara berseloroh mahu dipertemukan jodoh bersama empat orang wanita ketika berdoa.
gegar-vaganza-11

GV 11: Takut Naik Pesawat, The Lima Sanggup Tak Balik Indonesia - “ Kami Pulang Bila…”

gempak
24/11/2024
06:55 MYT
Meskipun merindui kampung halaman, namun kerana takut untuk menaiki pesawat mereka membuat keputusan untuk terus tinggal di Malaysia.
gegar-vaganza-11

GV 11: Hetty Koes Endang Gembira Dapat Kembali Sebagai Juri, Harap Peserta Santai Membuat Persembahan - “Anggap Sahaja Ia Seperti…”

gempak
24/11/2024
06:55 MYT
Menurut juri tetap GV itu, apa yang penting adalah setiap peserta seharusnya menjaga kesihatan mereka sepanjang bertanding di program realiti hiburan pilihan peminat itu.
Unitar