,
Laman Utama

#GempakSpot: Abang Mamat, 5 Naskhah Anda Ini Adalah Harta Karun Dunia Perfileman Malaysia

Maliah Surip
24/10/2021
02:45 MYT
‘Abang…Abang…Abang…’ dan senyuman serta permulaan bicara yang seperti sedikit ‘gagap’ sering menjadi salam pemula dalam pertemuan dengan Mamat Khalid.
Merendah diri, sering tersenyum dan kerap melontar lawak yang gelihati, ironi figura ini sarat isi — bahasa seninya bukan kosong; satiranya tentang masalah negara, sikap manusia dan perkembangan semasa diselit dalam setiap naskhah ; dengan cara bercanda bukan melontar bom lalu berkecai, tapi selalu tepat mengena sasaran.
Bagi generasi yang membesar dengan karya karya sutradara yang berasal dari Perak ini, menonton naskhah sentuhan Allahyarham adalah ‘wajib’.
Jika tidak, kalian tidak akan mengenal siapa itu Amy Mat Piah, siapa Kak Limah atau Barkoba; sekadar menyebut tiga karakter yang diciptakan Allahyarham sehingga mendengarnya sahaja sudah boleh membuat khalayak tersenyum.
Khabar Mamat Khalid meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 58 tahun yang diterima malam tadi cukup mengejutkan.
Apa lagi, khalayak semua baru dihidangkan dengan naskhah Kampong Pisang Kita Setandan yang dihasilkan khusus sempena menyambut Hari Malaysia dan ditayangkan di Astro bulan lalu.
Kita juga belum kering gusi ketawa menonton 18 Puasa, gabungan dua karya masterpiece Mamat iaitu Kampong Pisang dan 16 & 17 Puasa yang telah mencatat rekod sebagai filem tempatan paling laris di Astro First, tahun ini.
Namun siapa kita, manusia biasa untuk melawan takdir. Berpulangnya Mohamad Bin Mohamad Khalid ke Rahmatullah pada sekitar pukul 12.30 tengah malam tadi adalah janji Allah.
Dengan gugusan doa buat si arkitek filem yang cukup genius dan tak tergantikan ini, #GempakSpot menyenaraikan 5 naskhah Allahyarham yang akan menjadi harta karun buat generasi akan datang menonton, menjadikan rujukan sekaligus melihat budaya Malaysia di dalam setiap filemnya.
Al Fatihah buat Mamat Khalid.
15, 16, 17 & 18 Puasa
Naskhah 15, 16, 17 & 18 Puasa adalah salah satu harta karun yang ditinggalkan Allahyarham sepanjang bergelar sutradara.
15 Puasa dihasilkan pada tahun 2004, sebelum 17 Puasa pula dihasilkan selepas Allahyarham sedar dari koma pada tahun 2019.
Ia adalah sebuah cerita tentang beberapa penduduk kampung dengan layar belakang kehidupan berlainan.
Ringkas, Allahyarham mengangkat isu ponteng puasa dan kegiatan itu disembunyikan dari pengetahuan keluarga masing-masing.
Disinilah Allahyarham menciptakan watak Barkoba, Abe Li atau Yeh Sekupang dan karakter karakter lain yang cukup mencuit hati. Simple namun penuh pengajaran.
Kesemua telefilem ini boleh ditonton menerusi saluran Astro.
Zombie Kampong Pisang
Zombie Kampong Pisang dilahirkan pada tahun 2007. Inilah filem Mamat yang mencetuskan banyak pandangan dalam kalangan pemerhati filem mahukan peminat.
Merupakan filem dengan genre komedi seram yang pertama, Zombie Kampong Pisang menjadi tanda aras kepada siri filem filem seram yang lain.
Ironi, menerusi naskhah inilah para penonton dapat melihat sisi lain vokalis Wings, iaitu Awie sebagai Husin yang walau kelihatan sado, namun tetap mempunyai ‘taman dalam hati’.
Sekali lagi, banyak satira mengenai pergolakan negara yang dimasukkan Allahyarham dalam filem yang hanya berlaku di dalam sebuah kampung yang dinamakan Kampong Pisang.
Jenama Kampong Pisang kemudian dibikin dalam format bersiri iaitu Kampong Pisang Bersiri Siri yang ditayangkan di saluran Astro.
Hantu Kak Limah Balik Rumah
Mengangkat tema ‘hantu’ dalam naskhah Hantu Kak Limah Balik Rumah membuatkan nama Allahyarham semakin dihormati.
Filem yang ‘nampak seram’, dengan mengangkat Hantu Kak Limah sebagai ‘muse’ ini juga benar benar berjaya. Gambaran Kak Limah yang dibawa dengan cemerlang oleh aktres senior Delimawati, berbaju kurung berkain batik, berkuku panjang dan rambut panjang mengurai; hampir menepati ciri ciri sosok hantu yang sering dimomokkan oleh orang tua tua kepada anak anak.
Kerana hebatnya impak Hantu Kak Limah Balik Kampung, Allahyarham kemudian melahirkan sekuelnya, Hantu Kak Limah 3 yang ditayangkan pada tahun 2018.
Rock
Pada tahun 2005, Allahyarham mencetak sejarah baharu apabila muncul dengan filem komedi muzikal, Rock.
Rock menampilkan lakonan mantap Hasnul Rahmat, Que Haidar, Khir Rahman, Azmi Baharon, Soffi Jikan dan ditambah ‘bunga’ Siti Elizad dan Nabila Huda.
Plot filem ini dibuka pada era millenium dengan watak Zack (Hasnul Rahmat) sedang bertugas mencop surat di pejabat pos sebelum berkembang kepada impian anak muda menjadi pemuzik hebat sekaligus memperkenalkan nama kumpulan yang masih sering disebut sebut iaitu Rimba Bara.
Filem ini kemudian mempunyai kesinambungan iaitu Rock Oo! (2013), Rock Bro! (2016) dan Rock 4: Rockers Never Dai (2020)
Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komenwel
Naskhah Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komenwel boleh dikatakan sebagai salam perkenalan Allahyarham kepada peminat dengan caranya yang tersendiri.
Allahyarham membina trademark dengan naskhah naskhahnya yang mengangkat kisah masyarakat kampung dan hal semasa misalnya dengan penuh berseni.
Menerusi Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komenwel, Allahyarham membawa kisah sekumpulan penduduk kampung ingin hadir ke Sukan Komenwel yang berlangsung di ibu kota.
Naskhah ini dilahirkan pada tahun 1998 dan dibintangi oleh Along Kamaruddin, Delimawati serta ramai lagi.
Serius, ia adalah sebuah naskhah yang cukup menghiburkan namun padat metafora dari seorang genius dan legenda bernama Mamat Khalid.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Membanggakan! Abang Adik Dinobat Filem Terbaik 10th Asian World Film Festival Di LA

gempak
22/11/2024
11:13 MYT
Filem Abang Adik memenangi Filem Terbaik di 10th Asian World Film Festival 2024 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Hiburan

Pemain Gitar Utama Spider, Napie Meninggal Dunia

gempak
22/11/2024
00:08 MYT
Pemain gitar utama Spider, Hanafi Hamdan atau Napie meninggal dunia selepas lebih empat bulan diserang angin ahmar.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Hiburan

Fedi Nuril Pegang Watak Poligami Lagi, Peminat Harap Tak Jadi Dalam Dunia Nyata - “Satu Isteri Sudah Sangat Cukup”

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Aktor popular Indonesia, Fedi Nuril mencuri tumpuan apabila bakal tampil dalam naskah filem terbaharunya tidak lama lagi.
Hiburan

Sering Terima Watak Aksi, Fad Anuar Pasang Impian Mahu Bawa Watak Komedi Pula - “Saya Minat Tapi Tak Ada Rezeki Lagi”

gempak
20/11/2024
06:50 MYT
Pelakon Fad Anuar mengakui mahu keluar dari zon karya aksi dalam setiap naskah yang dibintanginya.
Unitar