,
Laman Utama

#GempakMemilih2020: Datuk Rizalman Ibrahim Anak Pesara Kerani & Tukang Jahit Yang Wajar Dicontohi!

Fiza Kamarudin
28/12/2020
09:34 MYT
Nama Datuk Rizalman Ibrahim bukan sahaja dikenali di Malaysia, malah di seluruh rantau Asia Tenggara.
Dilahirkan pada 28 Oktober 1971, anak kelahiran Georgetown Pulau Pinang ini mula bergiat aktif sebagai pereka fesyen pada tahun 1995 di bawah jenama eponim beliau selepas menamatkan pengajian dalam jurusan Seni Lukis dan Seni Reka (Fesyen) di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Dibesarkan di dalam keluarga yang sederhana ‘fashion guru’ ini sudah menyimpan cita-cita untuk menjadi serorang pereka sejak kecil lagi.
Bukan senang nak jadi senang, Datuk Rizalman hanya menerima gaji sebanyak RM300 sahaja ketika memasuki alam pekerjaan selepas bertungkus lumus belajar selama 4 tahun di UiTM.
Ketika itu beliau bekerja sebagai tukang jahit butang dan cangkuk di sebuah butik dan antara selebriti yang pernah menjadi pelanggan Datuk Rizalman ketika itu ialah Siti Nurhaliza, Zarina Zainuddin, Wan Zaleha Radzi, Ogy Ahmad Daud, Fahrin Ahmad dan Anuar Zain.
Tentangan Keluarga
Tahukah anda pada awalnya ahli keluarga Datuk Rizalman menentang hasrat beliau untuk meneruskan pelajaran dalam bidang fesyen?
Berbekalkan keberanian beliau bersemuka dengan ahli keluarganya dan meluahkan isi hatinya. Akhirnya ahli keluarga beliau memahami kehendak dan hasratnya.
Mereka merelakan beliau pergi jauh untuk menuntut ilmu. Rizalman berasa sangat gembira dengan kebebasan dan kepercayaan yang diberikan oleh ahli keluarganya.
Beliau terus bertekad dan berazam untuk memperbaiki taraf kehidupan dan menjadi anak yang terbaik, memberi kebanggaan kepada ibu bapanya.
Dengan berbekalkan wang RM100 di saku, Rizalman berangkat menuju ke ITM Shah Alam. Di situlah tempat permulaan beliau belajar dan berkarya di dalam bidang seni reka fesyen.
Berkat Doa Dan Restu, Rizalman Ibrahim Kini Disegani, Berada Di Tahap Tersendiri
Benarlah seperti dikata, usaha dan tawakal merupakan senjata untuk menempa kejaayaan. Siapa sangka anak seorang pesara kerani dan tukang jahit ini akhirnya berjaya membanggakan keluarga dan mengubah nasib mereka?
Memenangi pelbagai anugerah dalam dan luar negara, hasil kerjanya digemari ramai personaliti di Malaysia termasuk DYMM Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, daripada seorang pelanggan kini bergelar sahabat kepada Datuk Rizalman.
Selain terlibat dalam dunia fesyen, Datuk Rizalman juga merupakan pemilik Glam Casa, Glam Reka, Glam Weddings serta The RI Maison by Rizalman.
Program Realiti Rizalman Melalui Saluran Life Inspired.
Pada 2017 program realiti Rizalman telah disiarkan di saluran televisyen Life Inspired (LiTV). LiTV mempelawa beliau untuk membuat siri program realitinya sendiri yang original dan eksklusif.
LiTV yang terkenal dengan program meraikan figura-figura serta bakat-bakat Asia ini telah menjadi platform bagi Rizalman untuk berkongsi secara terbuka mengenai kerjaya beliau sebagai perunding serta pereka fesyen dan hiasan dalaman, ‘fesyen guru’, perancang majlis perkahwinan, usahawan serta mengenai gaya hidup peribadinya termasuk sebagai bapa kepada dua orang anak angkat.
Tinggalkan Dunia Fesyen
Pada Februari 2020 Datuk Rizalman mengumumkan pengundurannya dari dunia fesyen selepas pementasan Kesuma Jiwa di Istana Budaya
Walaupun tidak lagi bergelar pereka fesyen, perniagaan Datuk Rizalman semakin menjadi-jadi. Beliau meluaskan lagi rezeki yang Allah beri dengan melancarkan sebuah pusat pengajian Al-Quran pertama dengan tajaan daripada Yayasan Rizalman Ibrahim.
Hasil jualan produk Datuk Rizalman, ada bahagiannya disalurkan ke pusat pengajian ini. MasyaAllah!
Dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM
Pada 9 Oktober lalu Datuk Rizalman telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan berita gembira tersebut disambut positif semua pihak termasuk bekas pelajar dan alumni pusat pengajian tinggi tersebut.
Pelantikan Datuk Rizalman dianggap seperti sireh pulang ke gagang kerana beliau sebagai alumni UiTM serta resume cemerlangnya sebagai pereka fesyen dan usahawan selama 30 tahun.
Kredit: Instagram Datuk Rizalman Ibrahim
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Lagu Oh My Kadhale Viral Sampai Netizen Beri Jolokan Ikon Perpaduan Negara, Zubir Khan: “Saya Rasa Tak Layak Sebab…”

gempak
23/08/2024
03:55 MYT
Penyanyi Zubir Khan mengakui terkejut apabila lagu Oh My Kadhale nyanyiannya bersama penyanyi Ezra Kairo mendapat sambutan hebat daripada pendengar.
Gaya Hidup

Baju Kebaya Hari Jadi Jutawan Tudung Bernilai RM134,000 - "36,000 Butir Kristal Swarovski, Fabrik Dari Eropah"

gempak
10/07/2024
01:00 MYT
Jutawan tudung Haliza Maysuri tampil berkongsi nilai busana yang dipakainya ketika sambutan hari jadi ke-47 pada hujung minggu lalu.
Viral

"Nak Bawa Pergi Kebun" - Haliza Maysuri Terkejut Terima Hadiah Kereta Mewah RM1.6 Juta & Tasbih RM30,000 Pada Hari Jadi

gempak
09/07/2024
06:00 MYT
Jutawan tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri terkejut dan tidak menyangka menerima hadiah mewah daripada suaminya sempena ulangtahun kelahirannya baru-baru ini.
Viral

Pasangan Jutawan Beri Harta, RM20 Juta Kepada Orang Awam Untuk Jadi Sami

gempak
20/04/2024
13:50 MYT
Pasangan usahawan yang juga jutawan terkenal dari Gujarat, India sanggup melepaskan kehidupan mewah demi menjadi sami
Viral

"Kawan Sendiri Pun Mengata Saya Perasan Artis Buh Gambar Sendiri Sampul Raya" - Jutawan Tudung Bawal

gempak
13/04/2024
03:45 MYT
Jutawan tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri menjelaskan sudah menjadi rutin tahunan pihaknya mengeluarkan sampul raya dengan cetakan wajahnya sendiri.