,
Hiburan

Gempak Review : Permainan Masa Yang Kompleks! Tenet, Karya Agung Christopher Nolan Yang Wajib Ditonton

Hanafis Haris
16/12/2020
05:47 MYT

Sebut saja Inception, Interstellar, The Dark Knight Rises, Transcendence, Dunkirk, pastinya ramai yang bersetuju filem ini antara yang hebat pernah dihasilkan.

Itulah kekuatan yang ada pengarahnya, Christopher Nolan apabila sering menghasilkan filem luar biasa.

Tahun ini Christopher Nolan sekali lagi menghasilkan filem hebat iaitu Tenet.

Mengangkat tema perubahan masa, Tenet aantara filem yang dinanti-nantikan oleh peminat pengarah hebat ini.

Persoalannya adakah Tenet masih meneruskan kegemilangan filem hebat Christopher Nolan?

Ini ulasan dan pandangan Gempak untuk filem Tenet :

Secara dasarnya Tenet menceritakan penemuan saintifik yang mampu menjadikan sesuatu benda atau orang bergerak melalui masa hadapan dan masa lampau.

Seorang pengedar senjata bernama Andrei Sator ingin menggunakan konsep ini untuk mengubah dunia tetapi sebenarnya dia ingin memusnahkan dunia.

Pertubuhan yang dinamakan Tenet kemudian menugaskan The Protagonis untuk menghentikan rancangan Andrei.

Permulaan filem ini dibuka sangat hebat apabila babak serangan dilakukan di sebuah dewan opera boleh dikatakan agak ‘intense’.

Pengarah tidak menunggu masa yang lama untuk ‘mengikat’ penonton untuk terus menonton filem ini.

Awal filem saja sudah ‘dihidangan’ dengan babak yang penulis rasa cukup mendebarkan.

Habis saja 10 minit terawal, penonton kemudian mula diasak dengan pelbagai teori dan tanda tanya.

Ketika ini anda dinasihatkan fokus dalam setiap dialog yang dilontarkan pelakon.

Walaubagaimanapun, penulis merasakan dialog percakapan yang agak pantas seolah-olah disengajakan untuk membuatan penulis keliru.

Watak utama filem ini dibawa oleh John David Washington dan dibantu oleh beberapa pelakon handal lain termasuklah Robert Pattinson, Elizabeth Debicki dan Kenneth Branagh.

Apa yang penulis lihat, watak utamanya kelihatan agak santai dan tidak cukup kuat untuk menyakinkan penonton bahawa dia adalah individu yang mampu mematahkan rancangan Andrei.

Mungkin kerana karakternya yang terlalu bersahaja.

Apapun pujian harus diberi kepada Kenneth Branagh kerana membawa watak Andrei Sator dengan cemerlang.

Begitu juga Elizabeth Debicki dan Robert Pattinson.

Selain teori perubahan masa yang diangkat dalam filem ini, satu lagi kekuatan Tenet adalah adegan pertarungannya yang boleh dikatakan agak bagus.

Anda akan melihat banyak babak yang menarik terutama apabila The Pratoganist dan Neil cuba menyelinap masuk ke rumah ‘gangster’ di India dan sebuah bilik kebal di lapangan terbang.

Sesekali mengingatkan penulis pada misi Mission impossible.

Plot untuk filem Tenet agak kompleks dan menuntut penonton untuk meneliti setiap babak dan percakapan dialog.

Jika terlepas satu, ia mungkin akan membuatkan anda terpinga-pinga.

Nasihat penulis, cuba fokus pada adegan di mana seorang saintis cuba menerangkan teori perbezaan masa dan pandangan kepada watak The Pratoganist pada 20 minit terawal filem.

Bagi penulis, itu merupakan ‘starting point’ untuk anda memahami konsep yang cuba dibawa dalam filem ini.

Apapun Tenet membuktikan ia antara sebuah filem agung Christopher Nolan yang anda wajib tonton.

Filem ini bukan untuk penonton yang mahukan sebuah karya yang ringan dan santai, sebaliknya mengajar anda untuk berfikir secara kompleks.

Rating Gempak : 7/10

Sewa di Astro Best (Saluran 481) atau On Demand Store. Hanya sambungkan PVR Box anda ke Wi-Fi dan strim pada bila-bila masa. Muat turun juga aplikasi Astro GO untuk strim filem-filem blokbuster dalam keselesaan rumah anda. Untuk maklumat lanjut, sila ke content.astro.com.my/blockbusters.
#JomTurnOnBlokbusterDiRumah #Tenet #OnDemand #AstroBest #AstroGO
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.