,
Laman Utama

Gempak Review: Dah Macam Dalam Game! Monster Hunter Filem Terbaru Yang Wajib Layan?

Hanafis Haris
09/04/2021
04:41 MYT

Biarpun masih dalam tempoh pandemik, nampak gayanya industri filem tidak pernah sunyi.

Buktinya sebuah filem live-action diinspirasikan daripada permainan konsol telah pun muncul di ‘pawagam’ rumah anda.

Filem lakonan hebat Milla Jovovich dan Tony Jaa, Monster Hunter telah pun mula ditayangkan sejak semalam (Khamis).

Namun, pasti ada yang tertanya adakah filem ini berbaloi ditonton?

Secara dasarnya, Monster Hunter menceritakan sekumpulan pasukan khas yang secara tiba-tiba masuk ke sebuah dunia baru.

Tanpa disedari, dunia tersebut sebenarnya dihuni pelbagai raksasa mengerikan.

Pada pendapat penulis, filem ini agak mudah ‘dihadam’ memandangkan jalan ceritanya sangat ringan dan tidak kompleks.

Biarpun filem ini adalah ‘live action’ daripada permainan video, namun ia tidak akan membuatkan penonton berkerut dahi.

Sebaliknya, penonton akan lebih terbuka untuk menerima apa jua yang ‘dihidangkan’ kerana ia adalah filem ‘live action’.

Ye lah, kalau sudah nama pun daripada gaming, pasti banyak elemen fantasi ditampilkan.

Apa yang bakal penonton saksikan dalam Monster Hunter adalah himpunan raksasa bersaiz gergasi daripada pelbagai rupa bentuk.

Malah, menonton filem ini sebenarnya sangat mengingatkan penulis kepada permainan gaming khsusnya jenis action role-playing.

Dari segi gerakan kamera, sinematografi, dan ‘flow’ jalan cerita ini seolah-olah membawa penonton ke dunia gaming sebenar.

Saksikan dulu filem dan mungkin anda akan setuju dengan pendapat ini.

Lakonan pelakon utamanya, Milla Jovovich memang tidak dapat disangkal kehebatannnya.

Malah, filem genre sebegini sudah menjadi ‘makanan’ buat aktres ini.

Penampilan Tony Jaa juga menarik, seolah-olah ‘side kick’ kepada watak utama.

Filem ini ada klimaksnya dan penggunaan efek grafik juga sangat cantik. Memang penuh dengan ‘vibe’ gaming!

Apapun anda wajib tonton filem ini !

Rating Gempak : 8/10

Jadi, terus dapatkan akses awal dan strim Monster Hunter yang dibintangi Milla Jovovich menerusi Astro Best (Saluran 481).

Anda juga boleh menonton di On Demand Store.

Sambungkan PVR Box atau Ultra Box anda ke Wi-Fi & strim Monster Hunter dalam keselesaan rumah anda.

Alternatif lain, anda boleh muat turun aplikasi Astro GO untuk strim pada bila-bila masa. Ketahui lebih lanjut di content.astro.com.my.

Boleh menang hadiah PlayStation 5!

Jangan tak tahu, anda juga berpeluang untuk menang pemain konsol PlayStation 5!

Jadi apa tunggu lagi? Mulakan pemburuan & buruhadiah-hadiah yang menarik seperti Playstation 5 dan barang-barang ekslusif filem Monster Hunter dengan menyertai Peraduan Sewa & Menang di https://promotions.astro.com.my/.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Lebih Banyak Magis & Pickett! Ini 5 Fakta Menarik Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore!

gempak
03/06/2022
10:01 MYT
Nantikan aksi lucu Pickett!
Laman Utama

Siapakah Morbius? Ketahui Fakta-Fakta Menarik Tentang Superhero Ini

gempak
27/05/2022
08:03 MYT
Morbius dilakonkan oleh pelakon hebat Jared Leto
Laman Utama

Tom Holland Pernah Rasa Lakonan Teruk? Ini 5 Fakta Menarik Uncharted!

gempak
17/05/2022
12:11 MYT
Sewa & strim sekarang!
Laman Utama

Filem Paling Epik 2022! Betul Ke? Ini 5 Sebab Mengapa The Batman Antara Karya Terhebat Pernah Dihasilkan!

gempak
22/04/2022
07:17 MYT
Anda boleh strim secara On Demand melalui Ultra Box, Astro GO dan HBO GO.
Laman Utama

Bermula Daripada Komik & Pengarah Pernah Kena Reject? Ini Fakta Menarik Francais The Matrix Anda Perlu Tahu!

gempak
06/02/2022
07:51 MYT
Filem baru ni mesti best!