,
Laman Utama

Gempa Bumi Turkiye, Syria; Selamat Bertugas Hero, Dentie & Frankie

Awani
09/02/2023
05:57 MYT
Dua anjing Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diterbangkan ke Turkiye bagi menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di negara itu.
Kedua-dua anjing berkenaan yang dikenali sebagai Frankie dan Dentie merupakan anjing yang sama terlibat dalam misi SAR tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali, Disember lalu.
Menurut Komander Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) JBPM, Penguasa Kanan Bomba I Ismail Abdul Ghani, kedua-dua anjing berkenaan tidak mempunyai sebarang masalah untuk menaiki pesawat serta telah melepasi saringan.
"Tiada masalah untuk kita terbangkan anjing-anjing ini kerana ini (SAR) juga merupakan sebahagian daripada latihan mereka.
"Apa yang penting mereka ini (anjing) mesti lepas saringan kesihatan dan perlu ada kelulusan daripada Maqis (Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia) untuk dibawa keluar," katanya.
Beliau ditemui ketika sesi pelepasan kumpulan kedua Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke Turkiye di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini. Mengulas lanjut, Ismail berkata kedua-dua anjing terbabit sememangnya mempunyai kepakaran dalam misi SAR hasil latihan sepenuh masa.
"Anjing ini memang dilatih sepanjang masa dan kepakaran dia adalah untuk SAR... memang dia punya kepakaran adalah untuk cari mangsa hidup atau yang telah mati. "Kita bawa K9 sebagai usaha tambahan dan ini merupakan misi yang sama seperti di Batang Kali dan kita anggap mereka ini (anjing K9) antara subjek penting untuk kesan lokasi mangsa," jelasnya.
Difahamkan, Dentie dan Frankie masing-masing ditugaskan selama 14 hari bagi misi SAR di Turkiye.
Sebelum ini, Unit K9 berkenaan mendapat perhatian ramai pihak susulan prestasi cemerlang sewaktu misi SAR di Batang Kali apabila berjaya menemukan banyak mayat mangsa yang tertimbus. AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.