Viral
Gempa Bumi Terkuat Di Taiwan Dalam 25 Tahun, Amaran Tsunami Dikeluarkan
Pantai timur Taiwan dilanda gempa bumi besar dengan magnitud 7.4 pada Rabu.
Menurut Pusat Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat, pusat gempa berkenaan terletak kira-kira 18 kilometer di selatan bandar Hualien.
Keadaan itu menyebabkan amaran Tsunami di selatan Jepun dan Filipina dikeluarkan.
Agensi Meteorologi Jepun telah mengeluarkan amaran tsunami untuk pulau Miyakojima dan Okinawa serta amaran ombak setinggi tiga meter dijangka berlaku dalam masa terdekat.
Gempa bumi terkuat Taiwan selepas 25 tahun
Dalam pada itu, Japan Airlines turut membatalkan semua penerbangan ke Okinawa dan Kagoshima akibat kejadian berkenaan.Manakala Agensi Seismologi Filipina meminta penduduk yang tinggal berdekatan kawasan berpantai di beberapa wilayah berdekatan untuk segera berpindah ke kawasan yang lebih tinggi.
Breaking News: #Tsunami Alert SAD News coming from Taiwan and Japan, Major loss there.
Massive earthquake (7.5 magnitude+) WHICH HIT Taiwan & Japan
Sending Prayers ! pic.twitter.com/KPF0i5kg9i— SR ⁶⁹ (@ultimate__d) April 3, 2024
Difahamkan gempa bumi yang berlaku pada pagi Rabu itu merupakan antara terkuat yang pernah melanda Taiwan dalam tempoh 25 tahun.
Sementara itu, beberapa video yang dipercayai dirakam di Taiwan ketika bencana alam itu berlaku turut menjadi tular di media sosial.
Terdahulu, pada tahun 1999, gempa bumi dengan kekuatan 7.7 magnitud melanda selatan Taipei menyebabkan kira-kira 2,400 orang terkorban dan lebih 10,000 orang cedera.
Must-Watch Video