,
Advertorial

Gelagat Lucu Peserta Ujibakat Sunsilk Buat Anda Ingin Ketawa!

Ahmad Shah
12/10/2015
06:42 MYT
Di sebalik keberanian peserta menghadiri ujibakat Kecapi Impianku Bersama Sunsilk yang berlangsung di Setia Alam dan Putrajaya, namun banyak sekali kejadian lucu dan menarik berlaku sepanjang sesi tersebut dijalankan.
Misalnya, ada peserta yang kelihatan tergagap-gagap sewaktu menyampaikan berita. Ada pula yang tidak dapat menahan ketawa saat menyampaikan lagu pilihan mereka.
Malah, ada juga yang tidak dapat menahan rasa gementar apabila berdepan dengan ikon kempen tersebut iaitu Melissa Saila (pengarah/pelakon) dan Khairunnisa Kasnoon (wartawan penyiaran).
Malah dek kerana terlalu gementar, ada peserta yang hanya mampu berdiri kaku sambil tersenyum tatkala melakukan gaya seorang pengacara walaupun tidak mengeluarkan sepatah perkataan.
Ada juga yang masih malu-malu untuk bertentang mata dengan mentor mereka, padahal mereka ini dilihat memiliki potensi untuk mara ke peringkat seterusnya.
Bagaimanapun gelagat mereka itu disambut dengan senyuman serta kata-kata semangat oleh Najwa Latif, Melissa Saila dan Khairunnisa Kasnoon yang nampaknya begitu kagum dengan keberanian mereka.
Ini membuktikan bahawa rata-rata wanita berhijab yang hadir ke sesi ujibakat ini memiliki daya keberanian yang cukup tinggi dalam merealisasikan impian mereka dan keberanian mereka itu wajar diberikan pujian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

#GMWA23: Dandanan Watak Aileen Bawa Tuah, Anna Jobling Raih Anugerah Drama Rambut Tetap Boom Menerusi Syurga Itu Bukan Mudah

gempak
25/02/2024
14:23 MYT
Memiliki gaya rambut yang menepati pilihan penonton, Anna dipilih sebagai penerima Anugerah Drama Rambut Tetap Boom di Gempak Most Wanted Awards 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya pada Ahad
Laman Utama

Guna Sunsilk Strong & Long Baharu, Rambut Panjang Masih Kuat Dan Sihat

gempak
07/07/2023
07:30 MYT
Love Sunsilk! Rambut lebih kuat dan sihat.
Laman Utama

Pernah Tersenarai Dalam Forbes, Tewaskan 4 Pesaing Lelaki, Ini Fakta Menarik Tentang Peninju Hijab Pertama, Nor Diana.

gempak
21/11/2022
03:30 MYT
Hebatnya Nor ‘Phoenix’ Diana!
Laman Utama

Throwback Iklan Syampu ‘Legend’, Ramai Tanya Datin Shahida; “Mana Dia Sekarang, Mesti Makin…”

gempak
26/03/2022
01:00 MYT
Menarik juga ideanya
Gaya Hidup

Nik Shamiera Pamer 3 Tutorial Gaya Hijab Ala Wartawan Penyiaran

gempak
19/11/2015
01:34 MYT
Unitar