,
Laman Utama

"Gay? Itu Tuduhan Tak Berasas!" - Bodysuit Ketat Jadi Sorotan Misi Bantuan Banjir, Jurulatih Kecergasan Anggap Diri Bak 'Adiwira'

Asraf Aided
28/12/2021
07:40 MYT
Nama jurulatih kecergasan, Asraff Rosli menjadi tular sejak beberapa hari lalu gara-gara memakai kostum adiwira ketat ketika memberi bantuan kepada mangsa banjir di Hulu Langat, Selangor.
Menurut Asraff, 33, kostum itu dipakai dengan tujuan asal menghadiri sebuah majlis pelancaran produk, kemudian dimaklumkan tentang misi bantuan pada hari kejadian selepas majlis tersebut dibatalkan.
"Ada yang cakap saya sengaja, sebenarnya pada hari kejadian saya ada majlis pelancaran produk sebab saya bekerja di bawah satu syarikat produk suplemen. Jadi saya pakai untuk tujuan majlis berkenaan. Pada hari tersebut, majlis itu dibatalkan dan saya dimaklumkan bahawa kami akan menyampaikan bantuan banjir ke Hulu Langat.
"Jadi, saya ke sana atas dasar 'Super Hero' menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir, itu sahaja. Saya pergi hanya untuk memandu, tapi apabila tiba di lokasi, saya berasa kasihan dan turun untuk membantu mangsa dengan mengagihkan burger ke kawasan perumahan.
"Yang jadi isu sebab saya pakai kostum menunjukkan bentuk badan, sebenarnya normal sebab badan saya berotot jadi memang akan nampak bentuk badan, kalau badan saya kurus mungkin tak jadi isu sebab tak akan ketat dan baju itu kelihatan longgar. Bila badan sasa, tentunya akan nampak seluruh bentuk badan, jadi saya tak faham bila ada netizen yang komen cakap pasal bahagian sulit saya.
"Sepanjang saya di sana, saya tutup kawasan itu (merujuk bahagian sulit) dengan kotak ketika menghulur makanan, mak cik, kakak atau adik-adik yang ambil tak nampak pun bahagian itu," katanya kepada Gempak.
Mengulas tentang komen netizen yang seolah mengaitkan dirinya sebagai homoseksual atau gay, Raff akui sudah biasa dengan tanggapan sebegitu.
Justeru, dia menegaskan stigma masyarakat terhadap lelaki bertubuh sasa harus diperbetulkan.
"Isu gay ini, sebenarnya dah masak, saya dah kalis sebab ramai yang tak boleh lari daripada stigma orang yang bertubuh sasa, yang main gym dianggap gay. Asal badan sasa saja, terus dianggap gay, itulah yang jadi masalah susah nak ubah mentaliti orang kita.
"Jadi, kalau orang nak cakap saya gay ke apa, itu adalah tuduhan tak berasas, kita tak boleh nilai dengan bentuk badan seseorang, kita kena ubah mentaliti sebegini," jelasnya.
Tambah Asraff, itu merupakan pertama kali dia memakai kostum, namun sudah biasa memakai pakaian ketat untuk berbasikal sebelum ini.
Katanya juga, dia hanya berada di lokasi selama 15 minit dan menukar pakaian di Surau ketika mahu menunaikan solat Asar dalam perjalanan pulang.
"Sebenarnya HQ syarikat ada banyak kostum, yang saya pakai adalah Captain America, untuk saya pula, itu adalah pertama kali saya pakai, tapi dikecam pula sebab saya tak pakai topeng, kalau saya pakai topeng seperti staff lain, mungkin tak akan dikecam, orang nampak orang terus kecam.
"Dari segi keselesaan, saya memang suka pakai tights untuk berbasikal, tapi pakai untuk berbasikal orang tak kecam sebab orang tahu memang kena pakai ketat. Sekarang jadi isu sebab kostum yang ketat.
"Kami berada di lokasi untuk mengagihkan burger hanya sekitar 15 minit, setelah selesai kami pulang dan saya pun tukar pakaian di surau ketika mahu menunaikan solat Asar," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Viral

Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin Kembali Tular, Ada Netizen Beri Nasihat - “Jangan Galak Mengata Orang, Masing-Masing Ada Ujian”

gempak
17/09/2024
06:55 MYT
Susulan isu rumah tangga yang menimpa pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura, kini media sosial ‘riuh’ pula dengan buku berjudul ‘99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin’ yang kembali tular.