,
Laman Utama

Gate Belum Buka, Azwan Ali Orang Pertama Keluar Mengundi: “Saya Bangun 3 Pagi…”

Maliah Surip
19/11/2022
03:25 MYT
Hos kontroversi, Azwan Ali sekali lagi mencuri tumpuan media apabila menjadi individi pertama tiba di lokasi Pengundian SK Klang Gate Baru, Hulu Kelang pada PRU 15, pagi tadi.
Apa yang menariknya, Azwan yang hadir dengan penampilan berkaca mata hitam dan selendang seperti biasa tiba sebelum pintu pagar sekolah dibuka. Undian bermula pukul 8 pagi sehingga 6 petang ini untuk menentukan kerajaan baharu yang akan memimpin Malaysia.
Saat ditanya wartawan Awani mengenai kedatangannya yang cukup awal ke pusat pengundian, Azwan mengatakan itu adalah prinsip diri dan tidak mahu beratur panjang jika keluar mengundi lewat.
“Diva nak cakap satu datang awal bukan sebab election ya, tapi prinsip hidup Diva.
"Saya bangkit rutin setiap hari 3 pagi, hujan tak hujan, PRU tak PRU. Saya memang bangkit 3 pagi setiap hari.
“Saya datang awal sebab nak dispilinkan diri. Awal hilangkan banyak masalah. Undi awal, boleh balik tidur, kalau lambat ramai nak beratur lagi,” katanya.
Terdahulu, Azwan mengumumkan tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) P098 Parlimen Gombak.
Adik kepada penyandang kerusi Parlimen Gombak itu berkata, tindakan menarik diri itu dilakukan selepas dia bermimpikan arwah ibunya 'Mak Tom' yang menasihatkannya untuk tidak bertanding.
Kredit Foto: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.