,
Berita

Gara-Gara Tumpahkan Air, Kanak-Kanak Perempuan 3 Tahun Maut Dipukul Ayah Tiri

Gempak
28/06/2024
07:51 MYT
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut selepas dipukul oleh ayah tiri dan ibunya selepas dia tertumpahkan air minuman.
Ayah tirinya yang berusia 45 tahun itu 'naik hantu' selepas kanak-kanak malang itu tidak mengaku menumpahkan air minuman hingga lelaki itu bertindak diluar kawalan dengan memukulnya dengan kejam.

BERITA TRENDING:Lelaki Maut, Bayi Tujuh Bulan Parah Terlibat Kemalangan Akibat Tayar Pecah

Menurut laporan media tempatan, kejadian pembunuhan itu dilakukan di Desa Tugurejo, Kecamatan Ngasem, Kabubaten Kediri, Jawa Timur pada 22 Jun.
Ketua Unit Perlindungan Perempuan dan Anak (PPA) Sat Reskrim Polres Kediri Ipda Hery Wiyono yang mengesahkan kejadian itu berkata, insiden yang berlaku pada waktu malam itu bermula apabila pelaku mendapati segelas air tumpah, dan bertanyakan siapa yang melakukannya.

"Saat itu ayah tirinya bertanyakan siapa yang membuatkan air itu tumpah kepada mangsa, bagaimanapun mangsa berdolak-dalik dan menuding jari kepada ibunya.

"Sebaliknya reaksi ibu mangsa pula menuduh bahawa anaknya itu berbohong, lantas menampar dan mencubit mangsa, dan perbuatan itu telah turut mendorong ayah tirinya memukul mangsa hingga dia meninggal dunia," katanya.

​BERITA TRENDING:Larangan Penggunaan Straw Plastik Bermula 1 Ogos!

Panik dengan apa yang berlaku mereka mengebumikan anak malang itu di kawasan berdekatan kediaman mereka tinggal.
Bagaimanapun, tindakan mereka itu tidak lama kemudian diketahui oleh nenek mangsa yang sekali gus membuat laporan polis.

​BERITA TRENDING:Saintis Dari China Temui Gen Lawan Obesiti?

Kedua-dua mereka kini ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Mangsa Dibunuh Menggunakan Senjata Tumpul

Dalam pada itu polis Kediri KP Fauzy Pratama berkata, mangsa dibunuh menggunakan senjata tumpul.

​BERITA TRENDING:Remaja Bakar Kucing Diperintah Bon Kelakuan Baik Selama Setahun

"Selepas bedah siasat terhadap mangsa dilakukan, kita dapati berlakunya pendarahan di bahagian kepala dipercayai dipukul dengan benda tumpul.
"Mangsa juga dipercayai kerap dipukul sebelum ini," katanya lagi.
Sumber: Agensi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.