,
Berita

Gara-Gara Pegang Beg Rakan Berstatus Datin, Wanita Tempatan Ini Ditahan Di China Selama 30 Hari

Gempak
22/02/2024
14:55 MYT
Gara-gara membantu memegang beg milik rakan di lapangan terbang, seorang jurusolek dipenjara oleh pihak berkuasa China selama 30 hari kerana dituduh membawa ubat-ubatan tradisional.
Memetik laporan Harian Metro, Lisa Lim berkata, kejadian berlaku pada 7 Januari lalu, sewaktu dia dan rakannya sedang dalam perjalanan pulang ke Malaysia selepas bercuti di Kunming, China.

BERITA TRENDING: Ini Kisah Lans Koperal Siti Sarah Yang Tular Bersihkan Anak Tahanan - "Saya Kesian Lihat Keadaannya…"

"Ketika berada di lapangan terbang, seorang rakan dikenali sebagai Datin Ng meminta saya memegang beg miliknya kerana kononnya dia ada bagasi lain untuk dibawa.
"Tanpa memikirkan apa-apa, saya membantu membawa beg itu sebelum dihalang pihak berkuasa lapangan terbang di pusat pemeriksaan imigresen.
"Pemeriksaan dilakukan menemui sejumlah besar ubat Cina yang dimampatkan dalam bentuk pil," katanya.
Turut hadir Ketua Jabatan Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA Datuk Seri Michael Chong serta Penasihat Undang-Undang jabatan itu, James Ee.
Lisa berkata, meskipun anjing pengesan tidak mengesan sebarang dadah dalam beg berkenaan, pihak berkuasa China masih menahannya.

BERITA TRENDING: Pekerja P-Hailing Bakar Kereta Polis Bantuan Ditahan

Menurut Lisa, rakan-rakannya meninggalkan dia di lapangan terbang itu dan terus menaiki penerbangan pulang ke Malaysia, hari sama.
"Saya diberitahu akan dibebaskan dalam tempoh tiga hari, tetapi ditahan di dalam lokap selama 30 hari sebelum dibebaskan pada 7 Februari lalu dan pulang ke Malaysia keesokannya.
"Saya dibebaskan selepas pihak berkuasa China berpuas hati bahawa beg berkenaan tidak mengandungi sebarang dadah.
"Sepanjang tempoh 30 hari ditahan, saya tidak dapat menghubungi keluarga dan rakan-rakan sehingga timbul spekulasi saya terbabit dengan kegiatan jenayah," katanya.
Lisa berkata, sebaik tiba di Malaysia, dia bertemu dengan Datin Ng bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara berkenaan.
"Namun, dia seolah-olah tidak kisah dengan apa yang berlaku dan menafikan ada membawa ubat-ubatan di dalam beg berkenaan.

BERITA TRENDING: “Doakan Keadilan Untuk Arwah” - Adik Kepada Lelaki Maut Didakwa Diserang Anggota Polis Mahu Keadilan

"Malah, rakan lain yang turut bersama dalam percutian itu meminta saya untuk melupakan insiden yang berlaku (ditahan pihak berkuasa China)," katanya.
Sementara itu, Michael Chong berkata, pengalaman pahit ditahan pihak berkuasa China itu merosakkan reputasi Lisa dan menyebabkan tekanan besar terhadap dirinya serta keluarga.
"Lisa bernasib baik kerana dibebaskan dan tiada dadah ditemui dalam beg berkenaan. Dalam kes ini, dia tidak menyalahkan pihak berkuasa China kerana tahu mereka hanya menjalankan tugas mereka.
"Namun, tindakan rakannya dikenali sebagai Datin Ng itu sangat tidak bertanggungjawab kerana tidak kisah dan tidak mengambil berat dengan yang berlaku," katanya.
James Ee pula menasihati Lisa untuk meneliti sekiranya mahu mengambil tindakan saman terhadap rakannya dikenali sebagai Datin Ng.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nyanyian Perfect, Peminat Tak Percaya Shila Amzah Cuak! - "Jumpa Final Sajalah Kalau Macam Ni"

gempak
16/09/2024
00:50 MYT
Menerusi video yang dikongsikan penyanyi tersebut,rata-rata peminat memuji nyanyian bersahaja Shila yang mendendangkan lagu To Love You More nyanyian asal Celine Dion.
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.
Hiburan

Kembali Gegarkan China, Shila Amzah Terpaksa Berjauhan Dengan Anak-Anak – “Akhirnya Saya Buat Ini Untuk Keluarga Saya..."

gempak
13/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Shila Amzah mengakui terpaksa berkorban masa dengan keluarga apabila kembali menyertai sebuah pertandingan realiti nyanyian di China iaitu 'Singing With Legends' musim keenam.
Viral

Cari Duit Lebih, Lelaki Menyamar Doktor 20 Tahun Ditangkap

gempak
09/09/2024
15:55 MYT
Seorang lelaki berjaya menyamar selama 20 tahun sebagai seorang doktor hanya dengan pengetahuan yang diperoleh sebagai pemegang ijazah dan sewaktu melakukan latihan perubatan semasa bergelar tentera laut.
Viral

Misteri 'Kereta Hamil' Di China Terungkai, Rupa-Rupanya Cuaca Terlalu Panas

gempak
12/08/2024
13:55 MYT
Video tular bonet kereta di China yang 'membuncit' seakan wanita mengandung menjadi perhatian penduduk di negara itu.