,
Hiburan

Ganti Zura, Anna Aljuffrey Mahu Pikat Pendengar THR Gegar

Kamaruddin Razal
06/01/2017
09:03 MYT
Menggantikan Zura sebagai teraju segmen Ceria Pagi, penyampai radio baru, Anna Aljuffrey berazam untuk memikat hati pendengar stesen radio THR Gegar.
Sebelum ini, Anna mengendalikan segmen Ceria Pagi Hujung Minggu setiap Jumaat dan Sabtu jam 6.00 hingga 10.00 pagi.
Kini, pemilik nama sebenar Syarifah Nur Farhana Syed Talib, 25, ini mendapat tawaran untuk menjadi penyampai utama Ceria Pagi setiap Ahad hingga Khamis jam 6.00 hingga 10.00 pagi bersama Shah Muhammad.
“Sebenarnya, saya memang tak jangka mendapat tawaran sebegini. Apabila pihak pengurusan bertanyakan kepada saya, tanpa membuang masa, saya terus bersetuju.
“Mengendalikan program pagi memang menjadi impian setiap penyampai kerana semua pendengar tahu program pagi merupakan nadi sesebuah stesen radio.
“Saya menerima tawaran ini dengan hati terbuka dan menganggap ini sebagai salah sebuah peningkatan dalam kerjaya saya untuk memikat hati pendengar THR Gegar,” kata Anna kepada Astro Gempak.
Mengakui dirinya merasai debaran mengendalikan program pagi bersama Shah, Anna memohon agar dirinya tidak dibandingkan dengan Zura yang sudah serasi dengan segmen Ceria Pagi THR Gegar.
“Saya akui saya berdebar dan gementar. Tipulah kalau saya katakan saya tidak rasa takut. Namun begitu, saya mengambil perkara ini sebagai satu cabaran dalam meningkatkan mutu kerjaya saya.
“Saya memohon agar pendengar tidak membandingkan saya dengan Zura. Saya sangat menghormati Zura kerana dia merupakan seorang penyampai radio yang mempunyai banyak pengalaman dan peminat sendiri, manakala saya pula baru sahaja bertatih dalam dunia radio.
“Cara setiap penyampai berbeza dan tak adil jika cara kami dibandingkan. Cabaran terbesar saya adalah untuk memikat hati pendengar. Saya kini mencari keserasian bersama Shah dan berharap agar perkara tersebut membuahkan hasil.
“Saya juga berharap agar radio THR Gegar terus kekal menjadi radio nombor satu di Pantai Timur dan saya mahu mencuba untuk memikat hati pendengar, bukan sahaja di kawasan Pantai Timur, tetapi di seluruh Malaysia,” katanya lagi.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Menangis Mesej... Beritahu Tak Dapat Balik Raya” - Anna Aljuffrey Sebak, Rindu Jumpa Mama Dan Abah

gempak
20/05/2021
05:43 MYT
Mau tak menangis, lama Anna tak jumpa family.
Berita

“Kahwin Tak Semestinya Bahagia!”- Kerana Cinta Gegar, Anna Aljuffrey Takut Nak Bercinta

gempak
21/01/2020
10:37 MYT
Berita

Nadira Azizan THR Gegar Meninggal Dunia

gempak
29/10/2017
02:32 MYT
Hiburan

100,000 Pensel Dari THR Gegar Untuk Sekolah

gempak
02/12/2016
12:02 MYT
Hiburan

Peminat Muak Khai Bahar Nyanyi Lagu Orang?

gempak
14/09/2016
16:00 MYT