,
Hiburan

Ganti Nama Sinclair Di Akaun Instagram, BCL: “Ringkas Tapi Tak Mudah”

Maliah Surip
14/02/2024
11:27 MYT
Penyanyi Bunga Citra Lestari atau BCL akhirnya berbicara mengenai keputusan untuk menggantikan nama akaun Instagramnya, @bclsinclair kepada @itsmebcl.

BERITA TRENDING: Bunga Citra Lestari Tidak Berhasrat Hamil Lepas Nikahi Tiko Aryawardhana

BCL menggantikan nama tersebut sekitar November sebelum sah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Tiko Aryawardhana pada Disember 2023.
Sinclair pula merupakan nama yang diambil daripada bekas suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia pada 2020.
“Saya tahu sejak Ashraf sudah tiada, saya tidak layak lagi memakai nama itu (Sinclair).
“Saya memang ada niat menggantikannya tetapi ia terlanjur dipakai kerana saya masih berduka.
"Akhirnya saya fikir 'when we want to have a new start' mungkin memang harus ganti namanya,” kata BCL seperti dilaporkan Kompas.

BERITA TRENDING: Jangan Merapu Sangat! Netizen Dakwa Lalat Di Kening BCL Jelmaan Allahyarham Ashraf Sinclair

Menurut penyanyi tersebut, meski tindakan menggantikan nama nampak ringkas tetapi ia bukan mudah untuk dilakukannya.
“Melepaskan sesuatu yang sudah jadi bahagian dari hidup saya sebegitu lama sepertinya simple ‘cuma ganti nama Instagram’.
"Tapi kan perjalanan dari awal saya punya Instagram semua kisahnya tentang di saat saya sedang bersama Ashraf.”
“Nampak seperti mudah, tapi sukar menerimanya meski itu semua momen di masa lalu. Memang prosesnya (ganti nama) panjang dan berat,” akui ibu satu anak itu.
BCL malah mengaku berbincang dengan keluarga Ashraf sebelum melepaskan nama tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Selamat Hari Jadi Di Syurga" - BCL Titip Ucapan Hari Jadi Buat Arwah Ashraf Sinclair

gempak
18/09/2024
16:55 MYT
Dalam satu hantaran di Instagram penyanyi yang popular dengan lagu Wanita Terbahagia itu telah memuat naik gambar Ashraf meniup lilin dan mengucapkan selamat hari jadi kepada arwah suaminya itu.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.