Hiburan

Ganti Maszlee, Netizen Mahukan Nurul Izzah Sebagai Menteri Pendidikan Yang Baru

gempak
Azwa Rahman
07/01/2020
08:27 MYT
Sponsor Banner
Ganti Maszlee, Netizen Mahukan Nurul Izzah Sebagai Menteri Pendidikan Yang Baru
Ahli parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah menjadi pilihan sebahagian masyarakat Malaysia untuk menggalas tanggugjawab sebagai Menteri Pendidikan terbaru bagi menggantkan Dr. Maszlee Malik.
Memetik laporan The Malaysia Insight, seramai 52.2 peratus telah mengundi Nurul Izzah Anwar, 39, menerusi satu undian yang dijalankan oleh mereka minggu lalu.
Hasil tinjauan Gempak di laman sosial Twitter juga melihat ramai wargamaya yang mencadangkan nama Nuru Izzah untuk memegang portfolio di Kementerian Pendidikan.
Selain faktor usia yang muda, rata-rata wargamaya merasakan anak kepada ahli politik, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang tegas dan rasional.
Malah, ada juga yang menentang cadangan tersebut kerana beranggapan Nurul Izzah masih belum berpengalaman untuk memegang sesebuah kementerian.
Satu lagi nama yang menjadi pilihan warga Twitter bagi menggalas jawatan itu adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil. Pada 3 Januari lalu, Mazslee Malik telah melepaskan jawatan sebagai Menteri Pendidikan atas nasihat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024