,
Hiburan

"Gambar Ni Dia Kongsi Lepas Dia Baru Gunting Rambut" - Aaron Aziz Merindui Anak Lelakinya

Badrul Hashim
05/12/2020
01:30 MYT
Ibu bapa mana yang tidak merindui anak mereka yang berjauhan, sama ada bekerja mahupun menyambung pelajaran. Lebih sedih lagi, jika jauh di luar negara dan bukan mudah untuk melawat.
Mungkin itulah yang dirasakan oleh Aaron Aziz dan juga anak lelaki sulungnya, Danish Anaqi yang baru masuk dua bulan berada di Jepun untuk menyambung pelajarannya.
"Be strong son. Sentiasa memohon pertolongan daripada Allah untuk segalanya. Danish adalah musafir, jadikannya sebagai senjata untuk berdoa suapaya dipermudahkan segala urusan.
"Seperti yang Daddy beritahu, tak kira di mana Danish berada, belajar, atau apa pun keputusan dan pencapaian yang diperolehi, Daddy dan Mummy tetap bangga dengan Danish dan akan sentiasa melindungi dan menyokong Danish," tulis Aaron.
Tambah Aaron lagi, dia dan isteri tahu siapa anaknya dan apa yang telah dilalui untuk menjadi seperti sekarang.
"Sentiasalah membantu mereka yang lemah dan menentang mereka yang menindas.
"Sangat merindui satu-satunya anak lelaki, Danish Anaqi Aaron. Gambarni dia share dengan parents dia baru gunting rambut," tulis Aaron lagi.
Anak sulung Datuk Aaron Aziz, Danish Anaqi yang berusia 16 tahun kini berada di Jepun untuk selama tiga tahun bagi mengikuti kursus Pra-IB dan diploma.
Baca: Aaron Aziz Berat Hati, Anak Sulung Sambung Belajar Di Jepun
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Gunakan Kamera Tersembunyi Untuk Merakam, Lebih 1,000 Wanita Jadi Mangsa 'Skodeng' Lelaki Gatal Di Mata Air Panas

gempak
14/09/2024
12:55 MYT
Lelaki yang berusia 31 tahun itu dipercayai telah menggunakan kamera yang disembunyikan dalam batu tiruan yang diletakkan berhampiran dengan mata air panas  tersebut.
Hiburan

Lima Kumpulan AKB48 Hiburkan Lebih 2,000 Peminat Di KL, Ada Yang Sanggup Turun Dari Jepun!

gempak
21/08/2024
12:23 MYT
Konsert AKB48 Group Live in KL 2024 ~ First Cry ~ di Zepp Kuala Lumpur baru-baru ini menyaksikan sambutan luar jangka lebih 2,000 peminat tempatan dan luar negara!
Berita

Gara-Gara Gunting Hilang, Ratusan Penerbangan Tergendala Di Jepun

gempak
21/08/2024
05:55 MYT
Sebanyak 36 penerbangan terpaksa dibatalkan manakala 201 lagi ditangguhkan di Jepun, gara-gara sebilah gunting hilang di sebuah kedai berhampiran pintu masuk balai pelepasan.
Sukan

Pelumba Basikal Trek Jepun Shinji Nakano Mohon Maaf - "Jangan Hina Nama Keluarga Saya"

gempak
12/08/2024
17:50 MYT
Pelumba basikal trek Jepun, Shinji Nakano, memohon maaf, atas insiden pelanggaran dengan wakil negara, Shah Firdaus Sahrom, yang meragut peluang membutirkan pingat dalam acara final keirin Sukan Olimpik Paris 2024 kelmarin.
Sukan

Shah Firdaus Gesa Netizen Henti Serang Atlet Jepun Shinji Nakano

gempak
12/08/2024
17:16 MYT
Pelumba basikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, menggesa rakyat Malaysia untuk berhenti menyerang Shinji Nakano, menegaskan wakil Jepun itu tidak sengaja melakukan pelanggaran dalam aksi final keirin Sukan Olimpik Paris semalam.