,
Berita

Gambar Bedah Siasat Zayn Rayyan Tular, Polis Tidak Maklum Perkembangan Siasatan

Gempak
18/09/2024
05:27 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
Peguam, Fahmi Abd Moin berkata, pihaknya sebelum ini dimaklumkan siasatan berhubung perkara tersebut dijalankan oleh pihak polis.
Beliau berkata, laporan berkaitan kebocoran gambar dan maklumat kanak-kanak tersebut dibuat oleh salah seorang ahli keluarga Zaim Ikhwan sendiri serta pihak polis.
"Difahamkan ada siasatan yang dijalankan berkaitan perkara berkenaan bagaimanapun masih belum ada kesimpulan berhubung kes itu.

"Dalam soal ini, bukan kita mendiamkan diri namun menunggu sama ada siasatan tersebut dibuat secara telus dan adil serta apa hasil daripada siasatan dijalankan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas selesai sesi perbicaraan di pekarangan luar Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.
Tambahnya lagi, pihak keluarga Zaim Ikhwan dan Ismanira juga dicadangkan untuk membawa isu itu kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

"Sekiranya tidak ada sebarang tindakan berhubung kes kebocoran gambar dan maklumat siasatan ini, polis mencadangkan agar isu itu dibawa kepada JIPS Bukit Aman.

"Apa sahaja siasatan yang dilakukan hendaklah dimaklumkan kepada kami berhubung perkara ini," jelasnya.
BERITA TRENDING: Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan BERITA TRENDING: Bicara Kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ Kembali Jadi Tumpuan BERITA TRENDING: Ismanira, Zaim Tak Putus Peluk Cium Adik Zayn Rayyan – “Dear Allah, The Only Thing I Ask Of You Is To Hold Him When I’m Not Around” BERITA TRENDING: #JusticeForZaynRayyan: Hak Jagaan Adik Zayn Rayyan Diserah Kepada Nenek Saudara
Pada 30 Jun lalu, polis menyiasat penyebaran gambar memaparkan keadaan kecederaan pada mayat yang didakwa adalah Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972.
Hantaran yang tular menerusi aplikasi Telegram itu dipercayai gambar ketika prosedur proses bedah siasat didakwa yang dijalankan terhadap Zayn Rayyan.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Uyaina Arshad Tak Terkesan Netizen Petik Nama Bakal Disaman ‘Abang Bas’ - “Saya Cakap Berlandaskan Fakta, Nak Cakap Saya ‘Terpaling’…Terpulanglah”

gempak
19/09/2024
01:55 MYT
Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad mengakui tidak terkesan dengan kecaman dan kritikan netizen yang dilemparkan terhadapnya susulan lantang bersuara dalam kes membabitkan ‘Abang Bas’ seperti yang tular beberapa hari lalu.
Viral

Pengarah JSJ Bukit Aman, Shuhaily Jijik Dengan Penemuan Kes GISBH

gempak
18/09/2024
06:20 MYT
“Kes ini, saya jijik dengan penemuan (siasatan)."
Hiburan

Caprice Bimbang Dengan Orang Yang Tetap Sokong ‘Abang Bas’? - “Bebas Tak Semestinya Tidak Buat Salah…”

gempak
18/09/2024
00:55 MYT
Penyanyi rap Caprice memberitahu individu yang dibebaskan selepas membayar jaminan bukanlah bermaksud tidak membuat kesalahan.
Berita

"Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

gempak
17/09/2024
08:25 MYT
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.