HIBURAN
Galak Menari Di TikTok, Erissa Puteri Dikecam Netizen - “Masih Bocil Jangan Kahwin Dik…”
Pelakon dan penyanyi, Erissa Puteri sekali lagi menjadi perhatian warganet selepas memuat naik sebuah video dirinya sedang menari di laman TikTok.
Dalam hantaran tersebut, Erissa dilihat menari mengikut trend terkini dengan menggunakan lagu Shake It To The Max.
“Sorry la lepas kahwin ni jadi makin hyper,” tulis Erissa di ruangan kapsyen.Walau bagaimanapun, tindakan tersebut mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan netizen.
Rata-rata warganet mempersoalkan tindakan Erissa yang kini sudah bergelar isteri dan menasihatkannya agar lebih menjaga batas serta imej suami dan keluarganya.
“Mak tak marah ke, husband tak dosa ke.
“Masih bocil jangan kahwin dik. Sian suami tanggung, kalau x kahwin biar ayah sendiri yang tanggung
“Suami awak yang tanggung nanti.
“Sebab tu x digalakkan kahwin awal.. dunia terlalu laraaa... awak dh nikah ada suami jaga diri untuk suami ya sayangg.
“Dia lupe kot yg die dh kawin.
“Mertua xmarah ke sis,” komen netizen.
Must-Watch Video