,
Viral

Gadis Ini Teruja Main PUBG Dengan Luqman Faiz, Netizen Tuduh Menggeletis ..."Saya Tak Kacau Orang Pun!"

Amri Hassan
27/07/2020
10:45 MYT
Gadis yang teruja bertemu dengan Luqman Faiz dalam permainan dalam talian Player Unknown's Battleground (PUBG), Nur Aini Juhari menepis dakwaan netizen cuba menggatal dengan penyanyi terbabit.
Jelas Aini, 18, tindakannya berkongsi pengalamannya 'in game' dengan penyanyi kegemarannya itu sekadar meluahkan rasa teruja.
"Maaf saya bukan seperti yang anda katakan. Apa buktinya saya menggeletis pun tak ada seorang pun tunjukkan. Saya tak kacau orang pun!
"Tiada ayat atau cubaan untuk menggatal atau mengorat Luqman Faiz. Harap-harap kaji dulu sebelum berbicara," katanya kepada Gempak.
Terdahulu, Aini menerusi ciapan di Twitter terkejut apabila individu yang berkomunikasi bersama dia dan tiga rakannya beberapa hari lalu rupa-rupanya artis. "Kawan saya jemput gamer lain secara rawak, tiba-tiba ada pengguna yang pakai gambar Luqman.
"Selepas dah nak habis game baru dia mengaku dia betul-betul Luqman Faiz dan buktinya dia suruh saya cuba DM dia di Instagram.
"Dia balas dan memang betullah itu dia. Saya terus terkaku tak tahu nak cakap apa lagi.
"Tak sangka saya 'in game' dengan idola saya," tambahnya.
Susulan kecaman yang diterima netizen, Luqman turut tampil menjawab dan membantu Aini. "Saya tak faham kenapa orang terlalu jahat. Dia tak kacau korang punya hidup. Diam sajalah kalau tak ada apa-apa yang baik untuk diperkatakan.
"Dia cuma gadis bawah umur yang hidup dalam dunianya. Chill lah, korang tak ada benda lagi elok ke nak buat daripada menjadi asbab budak-budak murung," tulis Luqman.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.