,
Berita

Gadis Bertudung Ini Buktikan Jadi Penyanyi Bukan Saja Menyanyi Tapi Minat Pada Gamelan

Elrafaei Sapi
30/10/2018
07:41 MYT
Ia bukan suatu yang mudah buat bakat baru mencuba nasib sebagai penyanyi sebaliknya, Mimah Zulkifli mempunyai kelebihan boleh mencipta lagu sendiri dan paling unik mampu bermain gamelan.
Gadis berusia 22 tahun ini membuktikan minatnya terhadap alat muzik gamelan yang lazimnya dimainkan dalam persembahan lagu berentak tradisional cukup mendalam sehingga berusaha menimba ilmu muzik tersebut.
Ujarnya, dia kini mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Muzik (Dalam Persembahan Alat Muzik Gamelan) di Akademi Seni, Budaya dan Warisan Negara (ASWARA).
Menariknya, Mimah atau nama sebenarnya, Nurul Zaimah Zulkifli turut mencungkil bakat dalam menghasilkan lagu sendiri sehingga tampil dengan single, Usah Mendua, yang dilancarkan pada awal bulan ini.
Mimah memberitahu, dia berminat belajar muzik sejak di zaman sekolah lagi sehingga meraih peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Penyanyi berasal dari Sandakan, Sabah ini tertarik dengan gamelan yang disifatkan sebagai alat muzik unik yang mampu menghasilkan bunyi yang menarik dan boleh melakukan eksperimen untuk menghasilkan muzik baru.
Artis di bawah label Sheikh Qalam Record ini boleh dikatakan sebagai artis berbakat besar kerana selain boleh menyanyi, mencipta lagu sendiri dan bermain gamelan, dia juga boleh bermain beberapa alat muzik lain seperti gitar dan perkusi.
Lagu Usah Mendua yang dihasilkannya pada tahun 2013 mengisahkan cinta seorang sahabat baiknya yang penuh berliku.
Jelasnya, dia hanya mengambil masa selama setengah jam untuk menghasilkan melodi dan lirik lagu tersebut.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @mimahzulkifli
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Siti Nurhaliza, Zul Huzaimy & Syafinaz Pula Dilantik Ahli Lembaga Pengarah Aswara

gempak
13/05/2020
06:58 MYT
Hiburan

Teater Gemilang Sebuah Muzikal Buka Peluang Bekas Pelajar ASWARA

gempak
09/12/2019
10:06 MYT
Gaya Hidup

Berdikir Sambil Berkain Pelikat! Ini Momen Yang Anda Terlepas Dalam Tari '19

gempak
07/11/2019
05:01 MYT
Hiburan

Malam Kemala Irama 2 Sukses! Siti Pasang Hajat Mahu Angkat Ke Pentas Istana Budaya

gempak
23/09/2019
09:33 MYT
Hiburan

Sempena Ulang Tahun Ke-25, ASWARA Anjur Konsert Tribute Khas Buat Tok Ti

gempak
06/09/2019
09:44 MYT