,
Hiburan

Gabung Zapin & Salsa, Qalam Band Muncul Dengan Lagu Raikan Raya! - "Kami Beri Sesuatu Istimewa"

Amri Hassan
30/03/2024
11:16 MYT
Lebih lima tahun tidak muncul dengan sebarang naskhah baharu, Qalam Band kembali dengan karya terbaharu berjudul Raikan Raya sempena kedatangan Aidilfitri kali ini.
Teruja dengan peluang yang diberikan kepada mereka, ketiga-tiga ahli kumpulan ini bercampur baur menantikan reaksi daripada peminat.
“Memang kami menyepikan diri seketika waktu itu tapi tidak bermakna kami hilang. Masa itu masing-masing mempunyai komitmen dan tanggungjawab kepada pelajaran, kami kena perlahankan kerjaya seni seketika.
“Tapi sekarang apabila semuanya sudah boleh membahagikan masa barulah kami bersatu kembali dengan mencuba nasib dengan lagu raya. Harapnya peminat menerimanya dengan baik sekali gus menaikkan semula nama Qalam Band,” kata Eynol yang juga merupakan vokalis kumpulan ini.

BERITA TRENDING: Slam Tak Kisah Digelar Band Leman - “Kami Okay Saja Sebab..."

Nama mereka pernah menjadi siulan dan sebutan anak muda ketika tahun 2017 apabila lagu Hakikat Seorang Pencinta menangkap halwa telinga peminat setia mereka.
Menariknya, Raikan Raya merupakan lagu hasil ciptaan Faizwan yang juga merupakan gitaris manakala lirik pula oleh Mukhrizad yang bertindak selaku pemain bass kumpulan ini.

Rentak zapin gabung dengan salsa

Lari daripada kebiasaan, mereka memilih tema zapin sebagai nuansa untuk buah tangan kali ini disebabkan mahu mengangkat kembali irama berkenaan ke tempat yang sepatutnya.
“Apabila mahu kembali kepada industri, kami berfikir mahu mencari sesuatu yang istimewa untuk pendengar. Jadi hasil perbincangan akhirnya kita memilih rentak zapin sebagai pertaruhan memandangkan sudah tidak banyak lagi lagu raya berentak sedemikian.
“Istimewa irama tradisional ini memang lain daripada yang lain. Kami sengaja memilih zapin ini kerana ingin menerapkan kembali rasa cinta kita kepada rentak tradisi kita supaya tidaklah lapuk ditelan zaman.
“Tetapi saya juga bereksperimentasi dengan rentak zapin itu dengan menggabungkan dengan rentak salsa yang popular dari Barat pada bahagian korus,” kata Faizwan.

PILIHAN PEMBACA: [VIDEO] Selamba Petik Gitar Pada Majlis Perkahwinan, Kakak Kepada Pelakon Lelaki Popular Ini Pukau Netizen!

Mengimbas kembali perjalanan seni kumpulan ini, Qalam Band yang juga berasal dari Perak ini dianggotai oleh lima orang anggota saat mereka mula menapak di dalam industri hiburan lebih sedekad yang lalu.
Mempertaruhkan Dilamun Rindu sebagai single petama pada 2012, mereka tidak menoleh kebelakang lagi apabila terus menghasilkan beberapa produk lain selepas itu. Namun kini, hanya Eynol, Faizwan dan Mukhrizad yang meneruskan legasi Qalam Band.
Raikan Raya yang dilancarkan secara rasmi mulai 29 Mac diseluruh platform digital merupakan kerjasama antara Sheikh Qalam Records dan Sony Music Malaysia. Video muzik lagu ini pula boleh ditonton melalui YouTube Sony Music Vevo pada hari yang sama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.