,
Laman Utama

#G The Untold Story: Remy Ishak Mahu Tunai Umrah Bersama Isteri, Nikmati Bulan Madu Di Bedouin Camp Atas Padang Pasir Di Jordan

Hanafis Haris
01/09/2021
04:56 MYT
Membawa predikat ‘Lelaki Pujaan Malaya’ tak mudah bagi empunya nama Remy Ishak; dipuja diperhati untuk apa jua langkah yang disantuni. Itu pasti!

Dalam berbilang cerita, kisah hatilah yang berbolak-balik sepanjang masa, basah dalam doa peminat yang sentiasa mahukan si gagah tampan ini bertemu suri hatinya.

Remy menoktahkan pencarian, memilih Ezza Yusof sebagai penakluk puncak cintanya, pada tanggal keramat 21 Ogos 2021.

Umpama kata orang tua-tua 'kalau dah jodoh tak ke mana', begitulah kembara cinta mereka yang akhirnya bertaut biar pernah dibadai ‘taufan gelora’.

Ada yang patah hati? Hah, itu ertinya sayembara yang berakhir ada juaranya.

Kepada #G, The Untold Story, Remy berkongsi fasa baharunya bergelar suami, coretan impian dan rezeki.

G: Apa perubahan ketara Remy boleh lihat dalam kehidupan yang sangat anda hargai sekarang?

Remy Ishak: Jalinan perhubungan sebagai pasangan suami isteri ini masih terlalu awal untuk satu perubahan yang ketara.

Ezza seorang ahli perniagaan dan sedang sibuk menguruskan semula perniagaan yang tertunda sekian lama disebabkan PKP. Proses masih sedang berlangsung dan saya memahami.

G: Sekiranya SOP dilonggarkan tidak lama lagi, adakah ada perancangan untuk melangsungkan majlis persandingan? Jika ya, apa tema diimpikan oleh isteri dan Remy?

Remy Ishak: Jika ada kelonggaran SOP dalam masa terdekat, ya pasti kami akan melangsungkan majlis perkahwinan atau resepsi.

Konsep dan impian adalah seni hias melayu moden dalam dewan diiringi bersama nyanyian lagu-lagu melayu lama, persembahan tarian zapin dan mainan alat muzik dari pemuzik-pemuzik tradisional secara langsung untuk menghiburkan ahli keluarga, sahabat dan tetamu.

Namun jika SOP masih tetap berterusan diperketatkan, saya percaya, akur dan menerima takdir bahawa bersederhana itu adalah kehendak Tuhan.

G: Jika PKP dilonggarkan tak lama lagi, agak agak mana destinasi pilihan Remy dan Ezza? Sudah ada perancangan berbulan madu? Mengapa lokasi tersebut dipilih?

Remy Ishak: Menunaikan yang wajib terlebih dahulu, umrah di Mekah dan Madinah.

Kemudian menunaikan janji saya kepada Allah SWT yang pernah saya lafaz satu ketika dahulu.

Membawa pasangan bermalam dalam Bedouin Camp di atas padang pasir Wadi Rum dan menyaksikan keindahan bumi Jordan.

Seterusnya Ezza ingin melawat coffee shop milik sahabat lamanya yang berbangsa Jepun di Tokyo.

G: Ini klise. Bila seseorang selebriti menikah, akan muncul dakwaan yang mendakwa saham seorang akan jatuh. Remy percaya kepada pandangan skeptikal itu dan bersedia melalui fasa tersebut?

Remy Ishak : Saya selalu percaya bahawa rezeki itu milik tuhan. Tidak ada yang kecundang apabila melakukan kebaikan. Perkahwinan adalah satu kebaikan, in shaa Allah.

G: Berkahwin bukan sahaja membawa perubahan besar kepada diri secara peribadi, tetapi juga mungkin beri impak pada karier seperti ada 'syarat baharu' misalnya dari Remy. Atau tak akan ada yang berubah dalam karier anda selepas ini?

Remy Ishak: Menjadi seorang pemain seni dalam persembahan adalah dengan memahami kehendak watak dan struktur jalan cerita, meletakkan syarat ke atas sesuatu naskah dan watak hanya akan mencacatkan sesebuah persembahan dan jalan cerita tersebut.

Jika ianya tidak bersesuaian adalah lebih baik saya melepaskannya kepada orang yang lebih sesuai untuk watak dan cerita tersebut. Tidak perlu ada syarat daripada saya.

G: Remy telah mencetak nama Remy Ishak dalam lapangan seni sebagai seorang yang berkaliber dan punya integriti. Taraf Remy tinggi dan nilai pun mahal pada khalayak. Anda masuk dalam kelompok pelaku seni disegani dan dibanggakan negara. Dengan anugerah, populariti dan pakej yang ada sekarang, bagaimana Remy mahu membentuk perjalanan karier anda pada masa akan datang?

Remy Ishak: Saya suka dan seronok jika dapat berkongsi rasa serta perasaan satu-satu watak dan jalan cerita melalui persembahan lakonan kepada masyarakat.

Jika ianya meninggalkan impak yang mendalam kepada yang menyaksikannya, ia adalah satu kejayaan bagi saya.

G. Apa nasihat yang Remy boleh kongsi kepada orang ramai yang masih tertekan mencari jodoh?

Remy Ishak: Soal hidup, jodoh dan ajal adalah urusan Tuhan. Walau bagaimana pun usaha dan ikhtiar itu adalah perlu.

Tuhan sangat suka jika kita berusaha dan menjadi orang2 yang sabar. Teruskanlah berusaha dan selalu percaya bahawa Allah maha mengetahui dan sebaik-baik perancang.

Untuk makluman, dengan hanya hanya sekali lafaz, Remy Ishak sah bergelar suami kepada Ezza dalam majlis akad nikah di Masjid Negara, Kuala Lumpur, 21 Ogos lalu.

Pasangan itu dinikahkan oleh wali kepada pengantin perempuan yang juga abang kandungnya Rozman Yusof.

Ezza menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin.

Biodata Remy Ishak

  • Nama penuh: Mohammad Zalimei Bin Ishak

  • Tarikh lahir: 11 April 1982

  • Kelahiran: Melaka, Malaysia

  • Pekerjaan: Pelakon dan model

  • Dibesarkan di Port Dickson, Negeri Sembilan

  • Di usia 18 tahun, beliau berhijrah ke Kuala Lumpur untuk membantu meringankan ekonomi keluarga terutama membantu adik-adiknya yang masih bersekolah. Ketika itu, Remy pernah tidur dan menumpang teduh di masjid

  • Pelbagai pekerjaan dicubanya termasuk bekerja sebagai pengemas bilik hotel sebelum diberhentikan kerana kemerosotan ekonomi

  • Antara pekerjaan lain sebelum bergelar bintang termasuk menjual ikan dan ayam di pasar pagi, menoreh getah, kelindan lori, buruh kasar dan membuat kerja landskap di tepi jalan dengan menanam pokok dan membina jambatan

Biodata Ezza

  • Nama penuh: Roszaliza Yusof

  • Tarikh lahir: 24 Mac 1983

  • Berasal dari Pahang

  • Graduan daripada Kolej Cosmopoint yang berkelulusan diploma dalam jurusan Grafik Dan Multimedia

  • Kini memegang jawatan sebagai pengarah kreatif dan pereka kasut untuk jenama 2morrow

Kredit Foto: @riseandwin.asia (Instagram), Remy Ishak & Ezza Yusof
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

Enam Bulan Menikah, Rizky Febian Mengaku Tak Daftar Perkahwinan

gempak
19/11/2024
14:00 MYT
Penyanyi Rizky Febian mengaku tidak mendaftarkan perkahwinan bersama Mahalini meski sudah enam bulan menjadi suami isteri.
Hiburan

Kahwin Setengah Tahun, Pejabat Agama Dedah Rizky Febian-Mahalini Belum Daftar Nikah

gempak
14/11/2024
03:20 MYT
Sejak menikah pada 10 Mei 2024, rumah tangga Rizky Febian dan Mahalini sudah beberapa kali diterpa kontroversi.
Hiburan

Zera Hariz Sah Bergelar Isteri Kepada Iqwan Alif Selepas 7 Tahun Bercinta, Terima Wang Hantaran RM11,111.00

gempak
11/11/2024
08:20 MYT
Pelakon dan penyanyi Zera Hariz sah bergelar isteri kepada pilihan hatinnya yang juga penyanyi, Iqwan Alif pada 1 November lalu.
Hiburan

"Saya Tak Boleh Menjanda Lama-Lama" - Ina Naim Nikah Semula Demi Anak-Anak

gempak
31/10/2024
09:20 MYT
Balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad yang juga penyanyi, Ina Naim memberitahu dirinya tidak boleh bersendirian dan perlukan teman hidup demi anak-anak.
Unitar