,
Laman Utama

#G The Untold Story: Idam 'Baby Girl', Keterujaan Elizabeth Tan & Suami Nak Timang Cahaya Mata

Syafiqah Jalal
10/09/2022
03:37 MYT
Elizabeth Tan, nama yang tidak asing dalam kalangan peminat dunia hiburan tanah air terutama Melayu.
Malah, Elizabeth atau pemilik nama lengkap Elizabeth Tan Su Mei, 29, ini berjaya membina nama dalam industri seni pasaran Melayu biarpun pernah lapan tahun lalu lagu Melayu yang dinyanyikan semula sebagai cover di YouTube berbunyi janggal dan pelat butir sebutannya sukar difahami.
Menolak segala badai, penyanyi lagu Knock Knock yang mesra disapa Lizzy ini nampak selesa dan sinonim dengan masyarakat Melayu meskipun berasal dari keluarga berbangsa Cina.
Edisi The Swag Couple #G The Untold Story berpeluang menemubual Lizzy tentang keterbukaannya sebagai anak Malaysia yang tidak kekok bercampur dengan berbilang kaum terutama Melayu dalam menjalani kehidupan seharian serta harungi kerjayanya sebagai anak seni.
Lizzy juga turut berkongsi kisah rumah tangganya bersama lelaki bertuah Siew Jim, seorang doktor yang berjaya menawan hatinya melayari bahtera rumah tangga sejak setahun lalu.

Lebih Melayu Dari Cina?

G The Untold Story: Lizzy seorang pelakon dan penyanyi berbangsa Cina tetapi lebih dikenali oleh masyarakat Melayu, malah Lizzy sendiri melibatkan diri dalam bidang seni dalam market Melayu. Dari lagu serta lakonan semuanya pasaran Melayu. Pernah tak Lizzy terfikir akan terjebak dalam kelompok bukan Cina ini?
Lizzy: Semuanya bermula ketika saya sedang belajar di Texas lapan tahun lalu. Ketika itu saya rasa agak keseorangan di sana, jadi tanpa dirancang saya ambil ukulele dan bermain serta mula membuat cover lagu Melayu di YouTube.
Waktu itu saya cover lagu Pencuri oleh Mark Adam. Banyak juga orang Melayu tertanya-tanya siapa saya kerana saya menyanyi agak pelat. Tak tahu bagaimana selepas itu ia boleh tular di Malaysia dan ramai orang Melayu suka.
Sejak dari itu, saya mula dikenali dikalangan orang Melayu. Saya berterima kasih dan bersyukur sangat sebab dapat peluang untuk mencari rezeki dalam industri ini sehingga sekarang.
Gempak: Kenapa Lizzy memilih industri seni pasaran Melayu berbanding Cina?
Lizzy: Secara jujurnya saya tak pandai berbahasa Cina! Jadi selain bahasa Inggeris biasanya saya akan bercakap dalam bahasa Malaysia kerana saya lebih banyak berada dalam kelompok rakan-rakan berbangsa Melayu.
Dan sebenarnya saya tak pilih, cuma penerimaan dari peminat Melayu yang sokong saya dari zaman Youtube dulu sampai sekarang yang bantu karier dalam industri seni Melayu.
G: Jujurnya, kongsikan tahap keselesaan Lizzy bila berada dalam kelompok orang Melayu?
Lizzy: Memang selesa sangat-sangat. Mungkin sebab saya dulu sekolah menengah kebangsaan di Melawati, Kuala Lumpur. Di situ saya ada banyak kawan Melayu yang baik sangat. Jadi memang saya tak rasa ada masalah untuk berada dalam kelompok orang Melayu.
Malah pengurus saya juga orang Melayu, jadi boleh kata saya memang selesa dan tiada masalah untuk berkawan dengan kaum lain.
G: Lizzy ada teribat dengan program Gempak Original Series, Malaysia or Not yang ditayangkan di platform Gempak setiap hari Selasa jam 8.00 malam bermula 30 Ogos baru-baru ini. Boleh cerita penglaman menjalani penggambaran program itu yang kahabarnya perlu jadi orang lain, boleh kongsikan sedikit?
Lizzy: Oh itu memang sesuatu yang betul-betul out of the box hahaha! Tak pernah terfikir saya akan kerja dekat mamak. But it was fun!
Memang seronok sebab sebelum ini saya pun memang selalu lepak dekat mamak. Bukan sahaja lepak, saya juga selalu adakan meeting di Mamak kerana Mamak memang kedai makan yang selalu menjadi pilihan saya. Bukan apa, saya selesa dengan environment di Mamak.
G: Sempena Hari Kebangsaan yang ke-65, Apa erti kemerdekaan buat Lizzy?
Lizzy: Satu perkataan sahaja, kebebasan. Dan kebebasan ini subjektif untuk setiap individu ia bergantung pada diri masing-masing. Itu sahaja ringkas.
G: Apa pengalaman menyambut Hari Kebangsaan, yang Lizzy pernah ingat?
Lizzy: Secara jujurnya saya tak berapa ingat sangat pengalaman sambut hari Merdeka ketika sekolah dulu. Mungkin dah lama tinggal.

Berlakon atau Menyanyi?

G: Sudah lapan tahun Lizzy ceburi bidang seni lakonan dan nyanyian. Banyak lagu serta single sudah pun dikeluarkan seperti terbaharu muncul dengan Payung iaitu lagu runut bunyi atau OST untuk filem lakonan Lizzy sendiri juga iaitu Filem Abang Long Fadil 3 (ALF3). Pernah tak Lizzy terfikir untuk sampai ke tahap sekarang?
Lizzy: Sebenarnya masa kecil saya pernah beritahu ibu saya yang saya akan jadi popular. Saya pun tak tahu kenapa tapi saya dapat rasa satu hari nanti saya akan jadi popular.
Saya juga pernah beritahu ibu yang saya hendak jadi pelakon. Tapi ketika itu ibu tak benarkan kerana dia rasa kerjaya lakonan ini tak boleh ‘buat duit’. Itu dulu lah.
Jadi boleh kata saya mula dengan terjebak dan sekarang tak sangka saya sudah berada di sini. Sungguh saya sendiri tak terfikir ada karier dalam bidang seni ini.
G: Lizzy mula karier dalam bidang seni ini dengan menyanyi menerusi single pertama Knock Knock namun tidak lama selepas itu Lizzy berlakon dan muncul dalam filem pertama bergenre komedi iaitu Usop Wilcha Meghonjang Mahluk Muzium. Kedua-dua bidang itu dilihat berkembang serentak. Mungkin Lizzy boleh kongsi apa sebenarnya cenderung Lizzy? Menyanyi atau berlakon?
Lizzy: Meskipun saya mula kerjaya seni ini dalam bidang nyanyian saya secara jujurnya lebih minat berlakon. Sebenarnya selepas tamat sekolah menengah , saya pernah beritahu ibu saya tentang hasrat saya hendak berlakon dan mengambil kelas lakonan.
Tapi ketika itu tak kesampaian sebab ibu tak benarkan. Ketika itu ibu dapat rasa bidang ini tak boleh ‘buat duit’. Selepas itu, saya pun putus asa untuk teruskan impian saya dan cuba benda lain.
G: ALF3 merupakan filem terbaharu Lizzy. Filem terbitan oleh penerbit gergasi tanah air, Skop Productions dan Astro Shaw itu telah ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia pada 8 September lalu. Boleh kongsikan penglibatan Lizzy?
Lizzy: Ini antara filem terbesar yang pernah saya terlibat dalam karier lakonan saya. Saya bersyukur kerana Skop Productions percaya dengan bakat saya dan ambil saya untuk menjayakan filem ini.
Saya rasa amat bertuah kerana dapat berlakon dengan pelakon-pelakon hebat seperti Zizan Razak, Johan, Maya Karin, Datuk AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati dan ramai lagi. Banyak yang saya belajar sepanjang bersama mereka.
Kami menjalani penggambaran pada empat tahun lalu dan saya boleh katakan ia penggambaran paling best dan saya gemari.
Saya suka kerana dalam filem ini banyak aksi yang saya lakukan. Meskipun sukar dan ada rasa agak sedikit takut ketika babak letupan bomb tapi saya berjaya lakukannya.

Ikrar Cinta & Cahaya Mata

G: Sebelum ini, Lizzy sangat berahsia dalam soal hubungan cinta, malah ramai yang terkejut apabila Lizzy mengumumkan sudah berkahwin dengan jejaka pilihan Siew Jim. Lebih mengejutkan lelaki yang berjaya menambat hati Lizzy itu adalah sseeorang dari bidang yang lain iaitu kedoktoran. Boleh kongsi bagaimana Jim menjadi pilihan Lizzy?
Lizzy: Saya pun tak tahu macam mana kerana ia berlaku secara semula jadi tapi ketika saya berjumpa dengan Jim hati saya sudah terpaut. Dia ada sesuatu yang membuatkan saya rasa boleh ‘click’. Hati saya mula sukakannya ketika pandang pertama.
Apa yang saya suka tentang dirinya dia punya karakter yang lucu dan seorang logika. Apa yang berlaku dia sentiasa melihat pada satu gambaran yang lebih besar. Sebagai contoh jika saya merajuk atau sedang ‘down’ dia akan bantu saya hadapinya dengan tenang.
G: Ramai yang cemburu dengan Jim selepas disahkan menjadi suami kepada Lizzy malah Jim diibaratkan sangat bertuah kerana memiliki wanita yang mempunyai ramai peminat lelaki. Boleh Jim kongsikan secara ringkas apa yang membuatkan Jim memilih Lizzy sebagai peneman hidup?
Jim: Saya memang susah hendak tunjukkan ekspresi tetapi apa yang membuatkan saya sukakan Lizzy pertama sudah tentu sebab dia cantik dan easy going, selain itu dia seorang yang memahami diri dan kerjaya saya walaupun kami berbeza bidang dan ketiga saya suka akan sifat kreatifnya.
G: Kamu berdua sering dilihat sebagai pasangan yang romantik dan sweet, mungkin boleh kongsikan apa makna cinta?
Lizzy: Pada saya cinta itu adalah pilihan kerana setiap hari kita sentiasa berubah dan dewasa kemudian selepas satu ketika kamu masih perlu memilih sama ada kamu masih mencintai dia (pasangan) atau tidak.
Jim: Sama juga bagi saya, selalu memilih untuk mencintai orang itu (pasangan) dan jadi yang terbaik untuk dia. Jika ada melukai antara satu sama lain ia adalah cabaran dalam hidup. Apa yang pasti cinta bukan pada emosi semata-mata.
G: Lizzy dan Jim memilih untuk tidak tinggal sebumbung meskipun sudah berkahwin sejak setahun yang lalu. Mungkin boleh kongsi apa makna perkahwinan dan kesetiaan pada kamu berdua?
Lizzy: Pada saya perkahwinan itu adalah hanya satu perkara rasmi untuk menyatakan kami sudah bersama dan untuk memberitahu semua kita sudah dimiliki. Kami memilih untuk tidak tinggal bersama kerana ibu kami masing-masing ibu tunggal dan masih perlukan kami untuk menemani.
Buat masa ini kami masih enjoy ruang yang ada. Bila tak selalu berjumpa baru ada ruang untuk rindu. Tapi jika satu hari kami ada anak nanti baru kami akan fikir untuk tinggal bersama.
Jim: Bagi saya perkahwinan bukan bermaksud kita perlu duduk bersama. Siapa yang buat peraturan itu dan siapa yang tentukan berkahwin mesti tinggal bersama? Ini cara dan pilihan kami yang penting masing-masing ada kepercayaan dan cinta.
G: Sudah setahun mendirikan rumah tangga, adalah Lizzy dan Jim ada perancangan untuk menimang cahaya mata? Bila perancangan itu?
Lizzy: Sebenarnya saya nak rancang hujung tahun ini iaitu mungkin boleh mula hamil pada Oktober atau November ini...tetapi bila ada tawaran kerja saya seperti sukar untuk menolak dan saya akan jadi berbelah bagi seperti hendak menunda perancangan anak.
Bagaimana pun saya perlu ingat umur pun sudah 30 tahun pada tahun hadapan. Bimbang sukar atau ada risiko untuk hamil jika usia sudah meningkat. Tapi kalau ada rezeki saya nak baby girl!
Jim: Saya serah kepada Lizzy kerana bagi saya tiada apa yang perlu dikejarkan. Saya rasa di usia kini kerjaya lebih penting untuk dia. Namun jika ada rezeki saya tak menolak.
G: Lizzy sering terpalit dengan isu seksi dan simbol seks terutama di kalangan warga net lelaki yang meninggalkan komen berbaur lucah. Sebagai seorang suami, bagaimana Jim melihat dan bertindak?
Jim: Kita perlu faham komen di internet itu hanya kata-kata yang dilontarkan di alam maya tiada apa pun yang mereka boleh lakukan selain menulis komen lucah dan sebagainya. Jadi biasanya saya tidak menghiraukannya.
Tetapi jika kata-kata itu disampiakan dihadapan isteri saya, baru saya rasa saya patut bertindak dan melindungi Lizzy.
Lizzy: Saya tak rasa saya adalah simbol seks. Saya cuma jadi diri sendiri apa yang saya pakai adalah pakaian biasa sahaja sesuai dengan cuaca panas di Malaysia. Lagipun saya tidak akan muat naik gambar yang keterlaluan atau tak sesuai kerana ibu saya juga memerhati dan dia akan marah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

“Kami Cuba Perbaiki Tapi…”- Emma Maembong Nafi Cerai Disebabkan Orang Ketiga

gempak
20/11/2024
08:30 MYT
Pelakon Emma Maembong menjelaskan punca keretakan rumah tangganya bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi ia adalah atas persetujuan bersama semua pihak.
Unitar