,
Laman Utama

Francisca Peter, Siti Fairuz & Dollah Salleh Terima Gelaran Datuk

Gempak
01/08/2022
23:34 MYT
Seramai 99 penerima dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-63 Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah berkenan menyempurnakan istiadat penganugerahan itu di Balairung Seri Istana Abu Bakar pada Isnin.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lokman Hakim Ali dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Amran Mohamed Zin antara sembilan penerima darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Seramai 13 orang penerima pula menerima anugerah Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk.

Sultan Pahang turut berkenan mengurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang juga membawa gelaran Datuk kepada 24 penerima termasuk kepada penyanyi, Luciana Francissca Lucian G. Peter dan Siti Fairus Sheikh Mohamed.

Selain itu, ketua Juratih Bola Sepak Sri Pahang, Dollah Salleh; Jurulatih Bola Sepak Penang FC, Zainal Abidin Hassan dan Ahmad Yunus Mohd. Alif; dan jurulatih bola sepak Sri Pahang Football Club, Ahmad Yusoff turut menerima pingat sama.
Dalam istiadat itu juga, Sultan Pahang turut berkenan mengurniakan Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada dua penerima, Darjah Setia Mahkota Pahang (SMP) kepada enam penerima, Darjah Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) kepada empat penerima dan darjah Ahli Mahkota Pahang (AMP) kepada 10 penerima.
Pingat turut dikurniakan kepada lapan penerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), 10 penerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan sembilan penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).
Sumber: Utusan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Baik Punya Ah Long: “Jozan ‘Kepala’ Paling Sesuai Lakonkan Filem Ini” – Datuk Afdlin Shauki

gempak
06/09/2024
08:55 MYT
Pengarah dan pelakon dalam filem Baik Punya Ah Long filem, Datuk Afdlin Shauki berkongsi pemilihan gabungan dua pelawak hebat, Jozan sebagai hero adalah tepat untuk naskhah ini.
Hiburan

Noraniza Idris Tak Fikir Soal Gelaran Datuk, Anggap Ia Rezeki Jika Dapat – “Ada Orang Murah Rezeki Dia”

gempak
03/09/2024
21:55 MYT
Penyanyi Noraniza Idris menyifatkan penganugerahan gelaran Datuk kepada selebriti adalah rezeki yang ditentukan Allah.
Hiburan

Penyanyi Nasyid Saujana, Dr Idzu Dapat Gelaran Datuk! - "Saya Rasa Macam Dilahirkan Semula"

gempak
26/08/2024
23:50 MYT
Penyanyi nasyid kumpulan Saujana yang juga ahli perniagaan Dr Idzu Baharin menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, pada Isnin.
Berita

Istiadat Persandingan Tengku Puteri Afzan, FD Idzham Berlangsung Penuh Tradisi

gempak
26/08/2024
00:55 MYT
Istiadat persandingan anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar berlangsung dengan penuh tradisi di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan pada Ahad malam.
Hiburan

Remy Ishak Dapat Datuk, Ashraf Muslim Terima Pingat

gempak
25/08/2024
11:21 MYT
Pelakon Remy Ishak bergelar Datuk selepas menerima darjah kebesaran Pangkuan Seri Melaka (DPSM) dalam istiadat pengurniaan darjah kebesaran telah dijalankan di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh pada Sabtu.