,
Laman Utama

Fourtwnty Kenang Hampir Berpecah, Lagu Terkenal Tapi Tak Pernah Buat Persembahan

Maliah Surip
01/10/2022
08:17 MYT
Malam ini, kugiran Fourtwnty yang senang menghiburkan pendengarnya dengan irama Folk Pop akan memberi komitmen terbaik dalam persembahan perdana mereka, Fourtwnty Live In Kuala Lumpur di Zepp Kuala Lumpur (Zepp KL).
Mereka gembira membawa tema Heliotropisme yang membawa maksud tumbesaran tumbuhan mengikut arah rangsangan cahaya matahari.
Heliotropisme sendiri mungkin sangat dekat dengan perjalanan mereka. Fourtwnty bukan ‘hijau daun’, akar kugiran mereka telah kukuh di ‘tanah’ dan hati peminat.
Kerana itu Heliotropisme memberi signifikan Fourtwnty mahu terus hidup, asalkan mereka mengikut arah matahari yang betul.
Melalui sepak terajang belantika muzik Indonesia sejak tahun 2010, akui lima penggerak kugiran ini ia bukan sebuah kembara mudah.
“Saya sendiri pernah mahu mundur (keluar) dari Fourtwnty kerana bandnya tak jalan (tidak menjadi).
“Menurut kami, kami mempunyai karya yang bagus dan muziknya diperdengarkan di seluruh Indonesia, tapi kami tidak pernah perform,” begitu pengakuan jujur dari sang vokalisnya, Ari Lesmana.
Nuwi kemudian menyambung: “Ya, di tahun 2015 kami hampir bubar, kami sangat memerlukan wang padahal saat itu sehingga pernah di posisi kumpul wang untuk makan sebab lagu dimainkan radio tetapi tak ada tawaran persembahan, jadi wang kena simpan seperti untuk tiga hari ke depan digunakan bersama sama.”
Malah sehingga tahun 2019, mereka sampai pernah turun ke jalanan untuk menjual tiket persembahan kerana kurang diketahui. Juga ditolak banyak jenama besar, namun itu semua tidak akan membuat mereka patah semangat sekali lagi.
Ari bersama teman Fourtwnty seperti Nuwi, Roots, dan Roby ditemui Gempak dan media tempatan dalam sesi sidang media Fourtwnty Live In Kuala Lumpur yang dibawakan oleh Shiraz Production di Tree House, Park Royal Collection petang semalam.
Dalam pertemuan santai itu, banyak yang dikongsikan kugiran yang cukup popular dengan lagu Zona Nyaman ini.
Mengaku dengan bakat bermuzik sebagai pengamen (buskers) dan rasa kental untuk memastikan karya Fourtwnty berada dalam hati peminat membuat mereka bertahan.
Dan sedar tak sedar, Fourtwnty kini sudah berusia 12 tahun ; satu usia yang matang untuk sebuah kugiran; meski masih banyak lagi mungkin yang tidak mengenal keberadaan mereka.
Namun sayangnya, mereka jarang menerima publisiti, terutama wawancara daripada media arus perdana. Jika membuat pencarian Google, penggemar hanya akan menemui banyak bahan dari muzik dari YouTube, bukan wacana penulisan.
Ditanya adakah Fourtwnty terlalu eksklusif sehingga hampir tiada langsung wawancara sepanjang 12 tahun ini, mereka hanya tersenyum.
“Kami sebenarnya sangat sangat bersahabat dengan media. Kami sangat menhargai media untuk menyalurkan informasi tentang karya atau apa yang dikerjakan.
“Cuma secara peribadi, kami juga tidak tahu kenapa kami jarang menerima liputan media. Mungkin kami pemalu atau tidak menarik ya, mungkin,” jawab Ari bercanda.
Menyifatkan kugiran mereka sangat idealis, Fourtwnty yang baru muncul dengan single baharu berjudul Mangu dendangan bersama Charita Utami berharap dengan keberadaan mereka lebih sedekad ini mampu menarik lebih banyak hati untuk jatuh cinta.
Apalagi saat ini, mereka tidak hanya terkenal di Indonesia, tetapi menjadi pujaan penggemar di Malaysia.
“Alhamdulillah ya, kami selalu berasa Malaysia adalah rumah kedua Fourtwnty.
“Jadi untuk konsert dua malam di Zepp KL, kami sangat senang menampilkan persembahan yang segar dengan sekitar lebih kurang 16 buah lagu,” kata mereka.
Fourtwnty Live In Kuala Lumpur di Zepp KL akan berlansung pada malam ini dan 2 Oktober selepas tiket persembahan mereka habis dijual dalam masa tiga jam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.