,
Viral

Foto Solat Tepi Jalan Sebab Surau RnR Penuh Cetus Perdebatan Netizen, Ini Cerita Sebenarnya...

Amri Hassan
31/07/2020
05:45 MYT
Kesempatan cuti sempena sambutan Hari Raya Aidiladha digunakan sepenuhnya untuk warga kota pulang beraya ke kampung halaman masing-masing.
Senario jalan raya sesak menjadi lumrah setiap kali cuti perayaan.
Namun, seperkara yang menjadi bualan hangat di media sosial apabila sekeping foto beberapa pengguna jalan raya yang berhenti di kaki lebuh raya untuk menunaikan solat.
Menerusi perkongsian Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor, situasi itu disebabkan keadaan surau kawasan Rehat dan Rawat (RnR) yang terlalu penuh.
Allahu,,balik kampong dan surau hiway terlalu penuh..moga ditambahbaik surau Rn R.Posted by Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor on Wednesday, July 29, 2020
"Allahu, balik kampung dan surah highway terlalu penuh. Moga ditambah baik surau RnR," tulisnya menerusi Facebook.
Sementara itu, kata menerusi akaun media sosial Jentik Hati, foto yang difahamkan dari Ustaz Zarul Salleh itu diambil ketika perjalanan ke negeri di Pantai Timur.
"Dulu suasana macam ni kita boleh tengok kat oversea je terutama masa dekat mesir.
"Tapi sekarang ianya berlaku di Malaysia guys. MasyaAllah.
"Allah indahnya kalau kita jaga hubungan kita dengan Allah pasti Allah jaga hubungan dengan kita. Ni dikatakan perjalanan ke Pantai Timur," tulis pengendali akaun itu.
Bagaimanapun, segelintir netizen meluahkan rasa bimbang akan keselamatan pengguna jalan raya yang berhenti di laluan kecemasan itu untuk menunaikan solat.
Malah, ada yang menyarankan pengguna yang bermusafir untuk menunaikan solat jamak atau qada.
"Islam tak pernah menyusahkan umatnya. Umatnya yang benak bodoh menyusahkan diri, kemudian tunggang agama," tulis seorang pengguna di Twitter.
"Nak marah, tengah solat. Seelok-eloknya carilah RnR. Kalau penuh tak apa, qada'. Kalau musafir, solat jamak. Ingat, Allah itu memahami dan ingat juga menyebabkan kesulitan pada orang lain pun tak elok juga," tambah pengguna lain.
"Rukhsah musafir stuck dalam traffic jam boleh jamak, qada dan solat dalam kereta. Tak perlulah berhenti tepi jalan begini. Bahaya dan membahayakan.
"Orang bukan Islam pun nampak agama kita membebankan," saran pengguna lain pula.
Sementara itu, jelas seorang pengguna yang difahamkan ahli keluarga kepada individu dalam foto terbabit, @Sharizanis, ibunya ketika itu berhenti di bahu jalan untuk menunaikan solat Subuh.
"Itu solat Subuh. Siapa ajar jamak Subuh tu meh nak cubit sikit.
"Mulut masing-masing ya Allah takut Kadang-kadang anda perlu cuba untuk faham situasi terlebih dahulu dan positifkan diri.
"Bersangka baik daripada cakap benda tak elok tak sopan. Gambar ini ayah saya yang rakamkan," jelasnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar