,
Laman Utama

[FOTO] Padang Pasir Arab Saudi Tukar Warna Ungu, Dirimbuni Bunga Lavender

Maliah Surip
20/02/2023
05:43 MYT
Sebuah lagi pemandangan cantik dan jarang berlaku tercipta di padang pasir di Arab Saudi.
Padang pasir yang diketahui memang tandus selama ini bertukar wajah apabila mula dirimbuni bunga Lavender yang membuat pemandangan menjadi warna ungu.
Pemandangan indah tersebut mula terbit selepas berlakunya hujan lebat sekaligus membuat banyak tumbuh-tumbuhan mekar di padang pasir atau gurun.
Al Arabiya melaporkan, pemandangan rimbunan bunga Lavender tersebut dapat dilihat di kawasan kota Rafha, utara Arab Saudi.
Seorang guru pencen berusia 50 tahun, Muhammad al Mutairi yang sanggup memandu sehingga enam jam untuk melihat dan menikmati pemandangan tersebut berkata ia adalah sebuah fenomena yang cukup luar biasa.
“Tidak ada yang menyangka akan terjadi adegan (bunga Lavender subur di padang pasir) di Arab Saudi,” katanya.
Bunga-bunga Lavender tersebut hidup dengan cukup subur di sekitar kota Rafha di perbatasan Iraq sehingga menjadi tarikan dan ada pelancong yang menghabiskan masa dengan piknik di sana.
Sementara itu seorang pengunjung yang datang dari kota Riyadh, pemandangan bunga Lavender memang terjadi dalam tempoh 15 hingga 20 hari dalam setahun kesan daripada hujan lebat.
“Pemandangan ini berlangsung dari 15 hingga 20 hari dalam setahun, dan kami datang ke sini khusus untuk menikmatinya,” kata Nasser al Karaani.
Terdahulu, pemandangan padang pasir di Arab Saudi ditumbuhi rumput berwarna hijau dan subur menjadi viral di media sosial beberapa bulan lalu. Fenomena itu juga terjadi dipercayai kerana taburan hujan yang sangat tinggi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.