,
Laman Utama

FOTO: "Macam Final Destination" - Netizen Luah Rasa Bimbang.. Konkrit Lebuh Raya Runtuh, Ini Keadaannya

Mya Amri
20/06/2021
03:58 MYT
Semalam, Malaysia dikejutkan lagi dengan berita konkrit lebuh raya dalam pembinaan setinggi 12 meter di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) Sungai Buloh-Kota Damansara runtuh.
Menurut laporan Kosmo Online, kejadian itu menyebabkan tiga pekerja dipercayai mengalami kecederaan.
Tiga pekerja itu merupakan warga Bangladesh yang berusia dalam lingkungan 20-an hingga 40-an.
Bagaimanapun operasi menyelamat tamat kira-kira pukul 7.34 malam tadi.
Dalam pada itu menerusi media sosial, rata-rata netizen meluahkan kebimbangan tentang kejadian tersebut kerana khuatir akan berlaku lagi.
Berikut merupakan beberapa foto tempat kejadian yang dirakamkan oleh jurufoto dan juga orang ramai.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video