HIBURAN
Foto Keluarga Jadi ‘Wallpaper’ Hp, Shukri Yahaya Tak Bangga Dilabel Sebagai Lelaki Paling Setia - “Saya Sentiasa Ingatkan Diri…”
Perkongsian foto pelakon Shukri Yahaya bersama isteri dan anak-anak ketika sambut Syawal baru-baru ini di laman sosial miliknya mendapat perhatian netizen.
Netizen puji
Rata-rata netizen teruja melihat keluarga tersebut selain memuji penampilan isteri kepada Shukri iaitu Tya Adnan yang memakai niqab.
ARTIKEL BERKAITAN: "Jangan Sampai Aku Potong Rambut Kau" - Shukri Yahaya Terima Ugutan Gara-Gara Watak Eshaal dalam Curang Tanpa Niat
ARTIKEL BERKAITAN: Gaya Rambut Eshaal Dibenci Netizen, Shukri Yahaya Ubah Untuk Kelainan - “Saya Dah Terlalu Banyak…”
ARTIKEL BERKAITAN: “Sharnaaz Banyak Pujuk Saya” - Shukri Yahaya Kembali Ke Layar Perak Selepas 5 Tahun Berehat
Penampilan Tya itu juga membuatkan peminat turut berharap Shukri akan terus menjaga batas pergaulan dengan pelakon wanita ketika berlakon.
Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya, juga berharap dia akan terus istiqamah dan sentiasa menjaga hati isteri dan keluarganya.
“Rasanya dah tak ada saya berlakon pegang tangan (pelakon wanita). Tapi harapnya la saya terus istiqamah, terus menjaga hati isteri saya dan keluarga.
“Doakan la juga untuk saya,” kata Shukri kepada Gempak ketika ditemui di majlis gala tayangan filem Blood Brother yang diadakan di IOI City Mall, Putrajaya baru-baru ini.
Lelaki paling setia
Dalam pada itu, pelakon berusia 37 tahun ini juga berkata dia tidak berasa bangga apabila orang dilabel sebagai lelaki paling setia.
“Saya tak pernah bangga (dilabel sebagai lelaki setia) dan tak anggap ia sesuatu yang bagus pun. Saya sentiasa mengingatkan diri, apa pun saya buat, apa yang saya lakukan, saya akan ingat keluarga.
“Saya akan ingat isteri dan anak-anak. Apa pun jadi, apa yang saya buat akan beri kesan kepada keluarga saya. Jadi, saya tak nak perkara itu terjadi,” ujarnya yang turut meletakkan foto keluarga sebagai ‘wallpaper’ telefon.
Luah rasa rindu
Sementara itu, Shukri turut menganggap pujian yang diterima mengenai keluarganya itu berkemungkinan disebabkan netizen berasa rindu melihat mereka.
“Saya jarang kongsi mengenai keluarga di laman sosial. Jadi, raya la waktu sesuai untuk saya kongsikan. Bagi saya, pujian itu mungkin sebab orang nak luah rasa rindu nak tengok keluarga saya.
“Saya tak anggap pujian itu secara negatif. Selain pujian, ada juga komen yang bagi saya tak perlu komen pun tak apa. Tapi saya okay saja.
Must-Watch Video