,
Hiburan

Foto Hitam Putih Undang Sebak, Netizen Titip Doa Buat Fazura - “Hugs… Semoga Yang Baik-Baik Untuk Awak”

Mya Amri
13/09/2024
05:55 MYT
Pelakon, Nur Fazura mendapat perhatian netizen susulan berita mengenai usahawan cantik ini memfailkan permohonan cerai terhadap suami, aktor Fattah Amin, pagi tadi.

Foto hitam putih undang sebak

Malah hantaran terbaharu Fazura yang merakamkan foto hitam putih di Instagram juga mengundang sebak netizen.
Lebih menyentuh hati netizen adalah kapsyen Fazura seolah-olah menggambarkan situasi dirinya sekarang.

“It's your road and yours alone, others may walk it with you, but no one can walk it for you & ~ Rumi,” kongsinya.

Netizen beri kata-kata semangat dan doa

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Fazura dan mendoakan yang baik-baik buat dirinya.
Terdahulu keretakan rumah tangga Fattah dan Fazura mula dihidu oleh peminat selepas keduanya sudah tidak lagi berkongsi foto bersama di laman sosial Instagram masing-masing.
Fattah pada awal Ogos menafikan berdepan masalah rumah tangga dan mengatakan hubungan suami isteri bersama Fazura berada dalam keadaan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: 7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Dan Fattah Okay, Kami Cuma Sibuk” - Fazura

ARTIKEL BERKAITAN:“Inilah Peneman Saya” - Keluarga Sentiasa No. 1, Fattah Amin Jadikan Foto Fazura & Fatima Sebagai Wallpaper Telefon Bimbit

ARTIKEL BERKAITAN:“Izin Suami Dengan Siapa Faz Wajar Berkawan Juga Wajib Diberikan Keutamaan” - Fazura

ARTIKEL BERKAITAN:“Jodoh Dah Ada Depan Mata Tapi…” - Fattah Amin Kongsi Detik Cinta Berputik Dengan Fazura

Bagaimanapun, Fazura dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.
Fazura membuat permohonan cerai terhadap Fattah, 33, di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor.
Berita perceraian Fazura dan Fattah itu disahkan oleh sumber yang enggan identitinya didedahkan.
Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Hiburan

Netizen Persoal Pakai Bathrobe Saiz Kecil, Intan Najuwa Jawab – “Amboi Mulut Kau, Memang Time Hamil Pun Pakai XS Atau S”

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Pelakon, Datin Intan Najuwa membalas komen netizen yang seoalah-olah menyindir tentang saiz pakaian yang bakal dibawa ke hospital sebelum bersalin.
Hiburan

“Saya Bernasib Baik Tiada Kecederaan Kekal Pada Anak” - Dr Say Dah Buang Maid! Terima Teguran Netizen, Mohon Maaf Atas Kelalaian

gempak
22/11/2024
07:55 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril menerima teguran netizen dengan hati terbuka susulan isu pembantu rumahnya sebelum ini.
Hiburan

Semakin Mendonia! Fattah Amin Kini Ketua Eksekutif Pemasaran Kambing Perap - “Saya Harap Dia Mampu…”

gempak
20/11/2024
06:25 MYT
Berita tersebut telah diumumkan menerusi satu hantaran di Instagram pada Rabu.
Viral

Suami Gubahkan Lirik Lagu Buat Kieda Crepe - "Masya-Allah, Buatkan Saya Menangis"

gempak
18/11/2024
12:55 MYT
Usahawan Kieda Crepe kembali menjadi tumpuan warganet apabila suaminya, Amy, menghadiahkan sebuah lagu khas untuk isterinya dengan lirik yang diubah bagi menyuntik semangat.
Unitar