,
Hiburan

[FOTO] Bertemakan Vintage & Retro, Cawangan Terbaru Restoran A&W Ini Sangat Insta-worthy!

Azwa Rahman
21/07/2020
10:10 MYT
Jenama makanan segera A&W telah membuka cawangan restorannya yang ke-49 dengan konsep ala retro.
Bertempat di Seventeen Mall, Petaling Jaya, dekorasi bagi cawangan terbaru ini diinspirasikan daripada tahun 1960 hingga 1980, berbeza dengan cawangan A&W yang lain sekitar Malaysia.
Lihatlah persekitaran serba retro dan vintage ini, pastinya sesuai buat kaki outfit of the day (OOTD) untuk bergambar sakan.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Pegawai Eksekutif A&W Malaysia, George Ang berhasrat untuk menarik pelanggan dalam generasi muda dengan mengembalikan ‘kegemilangan zaman dahulu’.
“Sejak tahun 1963 lagi, rakyat Malaysia telah membesar dengan jenama ini dan juga menggemari hidangan menu ikonik. Ia termasuk coney yang enak, waffle yang menyelerakan dan A&W RB yang menyegarkan,” jelasnya lagi.
Dengan warna oren noen melatari keseluruhan restoran, ia turut dilengkapi dengan mesin jukebox, tempat duduk konsep vintag, betul-betul membuatkan pelanggan mengimbau memori lama.
Malah buat anda yang mengidam untuk melakukan sebarang majlis dengan tema retro, terdapat ruangan peribadi yang boleh memuatkan sehingga 20 orang untuk sebarang penganjuran majlis atau keraian.
Pemakaian pelitup muka diwajibkan bagi sesiapa yang ingin memasuki premis A&W.
Namun jika anda terlupa memakainya, pihak restoran menyediakan pelitup muka dengan bayaran RM1 dan wang tersebut akan didermakan kepada badan amal.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

#OhAbeNik: Sambut Ulangtahun Ke-60 Di Malaysia, Ini 5 Fakta Menarik Restoran Ke-100 A&W!

gempak
01/08/2023
12:18 MYT
Tahniah A&W
Laman Utama

Bolehkah Individu Uzur Makan Di Tempat Awam Pada Siang Hari Bulan Ramadan? Ini Jawapan Mufti

gempak
22/04/2022
04:50 MYT
Hukum makan di khayalak bagi mereka yang uzur pada siang hari bulan Ramadan
Laman Utama

McDonald’s Malaysia Nafi Salur Bantuan Kepada Israel

gempak
17/05/2021
23:24 MYT
Tular mesej boikot...
Hiburan

Hirup Kopi Dalam Rumah Kaca Tepi Pantai… Nyaman!

gempak
03/07/2020
08:40 MYT
Kesihatan | Health

#GempakSpot: "Jangan Tuang Fries Atas Talam!" - Pesan Bekas Pekerja Makanan Segera Ini Penting Demi Kebersihan Makanan Anda

gempak
10/12/2019
02:42 MYT